You Are Here: Home » Caring BN (Page 37)

07/11/2014 — Kejadian Mendapan Tanah Di Kuala Kurau Masyarakat Setempat Tidak Perlu Bimbang:- Datuk Zainol Fadzi Paharuddin

Rakyat di sekitar Kuala Kurau tidak perlu bimbang dengan insiden mendapan tanah yang berlaku pada Projek Pembinaan Tembok banjir di kawasan itu. Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata setakat ini pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri telahpun dihantar untuk membuat siasatan. "Pembinaan tembok ini telah dimulakan pada 18 Jun 2011 dan ...

Read more

07/11/2014– Banjir Di Alor Pongsu Calon SPM Dibenarkan Bergerak Sendiri Mulai Esok:- Datuk Sham Mat Sahat

Calon-calon peperiksaan SPM dan STPM yang menjadi mangsa banjir di Alor Pongsu mungkin dibenarkan bergerak sendiri ke pusat peperiksaan pada esok. Adun Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat berkata, berikutan kejadian itu, pihaknya mengambil initiatif untuk menyediakan perkhidmatan untuk mengangkut pelajar-pelajar berkenaan. "Bagi pelajar yang menjalani peperiksaan SPM dan STPM ini kita telah jalankan perkhidma ...

Read more

07/11/2014– Tujuh Keluarga Mangsa Banjir Di Alor Pongsu Belum Dibenarkan Pulang:- Datuk Zainol Fadzi Paharuddin

Tujuh keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir SK Alor Pongsu masih belum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata kesemua 25 mangsa telah berada di pusat pemindahan berkenaan sejak 7 hari lalu. "Mereka masih belum dibenarkan pulang sebab keadaan masih lagi tidak sesuaiĀ  untuk balik ke rumah. ...

Read more

06/11/2014 — Saya Akan Ambil Pendapat Rakyat Dahulu:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

Kerajaan Perak mahu mendengar terlebih dahulu pandangan rakyat berikutan timbulkan persoalan berkaitan kedudukan kediaman Menteri Besar yang dianggap tidak lagi sesuai. Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkata, kediaman berkenaan dilihat tidak lagi sesuai kerana dikelilingi bangunan yang begitu pesat dan soal keselamatan. "Kedudukan kediaman Menteri Besar yang kita lihat, ada yang mengat ...

Read more

03/11/2014 — BAIDURI Lebih Aktif Laksana Program Amal:- DSD Saripah Zulkifli

BAIDURI semakin aktif dalam melaksanakan initiatif serta program-program berbentuk kebajikan yang melibatkan rakyat pelbagai peringkat dan latar belakang. Usaha terbaru badan kebajikan itu adalah melalui pemilihan 117 pelajar Tingkatan 4 daripada 31 Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai anak angkat yang mewakili ahli BAIDURI bagi kawasan masing-masing. Yang DiPertua BAIDURI, Datin Seri Saripah Zulkifli berkat ...

Read more

31/10/2014 — DSD Dr Zambry Abd Kadir Sumbang RM250 Ribu Kepada SMKA Bota

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir menyumbang RM250,000 kepada kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Bota. Sumbangan itu disalurkan bagi menyediakan kemudahan sukan di sekolah tersebut. Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Besar, Datuk Azhar Ahmad kepada pengetua sekolah itu, Naemah Ramli. Antara kemudahan sukan yang bakal disediakan di seko ...

Read more

26/10/2014 — Perkasakan Program Kesenian Elak Warisan Ditelan Zaman

Program berbentuk kesenian dan kebudayaan perlu diperkasakan agar warisan kesenian tersebut tidak hilang ditelan arus pembangunan. Exco Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil Negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan, berkata menerusi Program Merakyatkan Kesenian dan Kebudayaan ia sekaligus mampu menghidupkan kembali warisan kesenian lama yang semakin luput ditelan dek peredaran zaman. Jelas beliau ...

Read more

22/10/2014 — Amalan Ziarah Di Hari Perayaan Telah Bermula Sejak 2009 Lagi:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

Kerajaan Perak meneruskan pendekatan prihatin dalam meraikan perayaan bersama golongan yang memerlukan di negeri itu. Menteri Besar, Dato' Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkata, siri lawatan ke rumah-rumah golongan yang memerlukan pada musim perayaan telah dilaksanakan sejak tahun 2009 lagi. Jelas beliau, dengan cara itu kerajaan negeri dapat memberi kegembiraan kepada golongan berkenaan disamping menyalu ...

Read more

21/10/2014 — Saluran Bantuan Tidak Bermusim:- Hairul Anuar Mohd Noor

Pemuda Barisan Nasional (BN) Perak dengan kerjasama Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBU) menyerahkan sumbangan sempena perayaan Deepavali. Seramai 100 orang warga miskin yang terdiri daripada ibu tunggl dan warga emas di Rumah Pangsa Taman Harmoni, Buntong menerima sumbangan berkenaan sebagai persiapan menjelang perayaan itu esok. Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pemuda BN Perak, Hairul Anuar Mohd Noor da ...

Read more

19/10/2014 — BN Batu Gajah Akan Usaha Bantu Mangsa Kebakaran:- Datuk Wira Yussuf Kassim

BN Bahagian Batu Gajah akan berusaha sedaya upaya bagi membantu mangsa kebakaran yang berlaku di kawasan itu baru-baru ini. Ketuanya, Datuk Wira Yussuf Kassim berkata, difahamkan terdapat tiga rumah yang mengalami kebakaran sejak pukul 330 pagi tadi. Katanya, pada awalnya hanya kebakaran kecil berlaku bagaimanapun ia merebak ke rumah berdekatan. "Saya dapati kejadian ini iaitu sejak pukul 330 pagi tadi mula ...

Read more

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top