31/05/2018 — UMNO Perlu Bangkit, Tinjau Pemerintahan Kerajaan PH:- DS Tajuddin Abdul Rahman Reviewed by Perak BN on . Kejayaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sepanjang memerintah negara tidak boleh dinafikan, justeru parti itu perlu terus bangkit memberi cabaran yang relevan ke Kejayaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sepanjang memerintah negara tidak boleh dinafikan, justeru parti itu perlu terus bangkit memberi cabaran yang relevan ke Rating: 0
You Are Here: Home » Latest News » 31/05/2018 — UMNO Perlu Bangkit, Tinjau Pemerintahan Kerajaan PH:- DS Tajuddin Abdul Rahman

31/05/2018 — UMNO Perlu Bangkit, Tinjau Pemerintahan Kerajaan PH:- DS Tajuddin Abdul Rahman

perakbn UMNO Perlu Bangkit Tinjau Pemerintahan Kerajaan PHKejayaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sepanjang memerintah negara tidak boleh dinafikan, justeru parti itu perlu terus bangkit memberi cabaran yang relevan kepada Kerajaan kini.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata dalam masa beberapa minggu pentadbiran kerajaan baharu, beliau melihat akan ancaman terhadap keistimewaan bangsa Melayu dan juga agama Islam.

“Kejayaan UMNO dan BN tidak siapa dapat dinafikan. UMNO perlu bangkit semula dengan berani dan bersungguh-sungguh kerana bukan nak tebus kekalahan dalam pilihan raya (Pilihan Raya Umum ke-14), tetapi kita lihat pada tempoh singkat ini, kerajaan Pakatan Harapan dan penyokong mereka telah tunjukkan hala tuju pemerintahan negara yang merugikan dan mengancam survival Melayu dan Islam.

“Ada tuntutan-tuntutan dan keputusan yang merugikan umat Islam dan Melayu,” dakwa beliau ketika ditemui pemberita di Pasir Salak, semalam.

Datuk Seri Tajuddin turut mempertikaikan lantikan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.

Lantikan itu sedikit sebanyak bakal menimbulkan kegusaran terhadap aliran peruntukan dana kepada agensi-agensi berkaitan Melayu dan agama Islam.

“Lim Guan Eng sudah perkecilkan kepentingan Islam dan Melayu untuk ura-ura potong peruntukan JAKIM, YADIM dan juga membuang pekerja (kakitangan awam) yang ramai dengan alasan ini akan jimatkan kerajaan. Kebanyakkan yang dibuang itu orang Melayu,” ujar beliau.

Tegasnya lagi, kebangkitan UMNO kini bukan sahaja dari apsek menebus kekalahan pada pilihan raya umum lalu, sebaliknya terus berjuang membela nasib rakyat dan membangunkan negara.

“Kekalahan kita dapat PRU14 ini bukan kegagalan UMNO dalam membela nasib rakyat dan membangunkan negara tetapi disebabkan kekalahan kita dari segi mainan politik.

“Pihak lawan guna sosial media dengan baik sekali dan janji-janji yang menarik minat terutama orang muda di kawasan bandar. Kita dapati bahawa sokongan yang hebat kepada PH adalah pengundi luar iaitu orang muda dan yang terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang dimainkan,”kata Datuk Seri Tajuddin lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top