31/05/2018 — Mungkin Kerjasama UMNO- PAS Cipta Suasana Politik Baharu:- DS Tajuddin Abdul Rahman Reviewed by Perak BN on . Jika dulu pernah dicetuskan idea UMNO dan PAS bekerjasama, dan kini cadangan itu dibawakan sekali lagi oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdu Jika dulu pernah dicetuskan idea UMNO dan PAS bekerjasama, dan kini cadangan itu dibawakan sekali lagi oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdu Rating: 0
You Are Here: Home » Latest News » 31/05/2018 — Mungkin Kerjasama UMNO- PAS Cipta Suasana Politik Baharu:- DS Tajuddin Abdul Rahman

31/05/2018 — Mungkin Kerjasama UMNO- PAS Cipta Suasana Politik Baharu:- DS Tajuddin Abdul Rahman

perakbn Mungkin Kerjasama UMNO- PAS Cipta Suasana Politik BaharuJika dulu pernah dicetuskan idea UMNO dan PAS bekerjasama, dan kini cadangan itu dibawakan sekali lagi oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Mengakui parti keramat bangsa Melayu ini perlu berubah corak berpolitik, beliau yakin kerjasama dengan PAS ini adalah dapat menguatkuat asas perjuangan UMNO.

“.. cara berpolitik kena ubah, satu daripadanya UMNO perlu mencari rakan untuk memberi kekuatan kepada kita. Antara PAS dan UMNO tidak ada beza dari segi hala tuju perjuangan.

“Saya yakin juga akar umbi bersedia dengan kerjasama dengan PAS biarpun berlainan parti dan kaedah politik berbeza tetapi kita mempunyai satu perjuangan yang sama. Saya harap pimpinan UMNO dan ahli menyokong kekuatan UMNO dan PAS untuk hadapi cabaran yang kita hadapi hari ini, untuk survival orang Melayu dan Islam,” kata Datuk Seri Tajuddin.

Beliau yang ditemui pemberita di Pasir Salak malam tadi, turut mengumumkan keputusan untuk bertanding pada pemilihan UMNO pada bulan depan.

Bagaimanapun jawatan yang ingin direbutnya hanya akan dimaklumkan pada Ahad ini di ibu negara.

“Kepimpinan UMNO yang terpilih pada kali ini perlu memahami apa cabaran yang dihadapi (parti). Bagi saya pemilihan pemimpin UMNO amat penting kerana mereka akan pandu ahli UMNO seramai 3.5 juta.

“Saya tawarkan diri (bertanding) dan harap ahli di akar umbi memahami aspirasi yang saya bawa,” kata Datuk Seri Tajuddin.

Melihat kepada caturan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam membela bangsa Melayu dan agama Islam, beliau menzahirkan kegusaran.

Justeru meneruskan jalinan UMNO dan PAS ada ruang untuk dilakukan bagi memastikan hak Melayu dan Islam tidak tergugat.

“Gabungan ini adalah satu perjuangan dan semangat, bukan gabungan parti. Kita akan jadi satu force (pasukan) yang akan beri cabaran kepada Kerajaan Pakatan.

“Bagi saya atas keinsafan ini, saya harap pihak PAS menyedari perkara ini yang mana perlu kita bersatu, bergabung dalam satu perjuangan, tenaga dan pemikiran. Saya percaya jika itu dapat dilakukan, satu kekuatan baharu akan wujud untuk menjamin survival orang Melayu dan Islam dan pribumi,” tegas Datuk Seri Tajuddin lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top