31/05/2018 — Kehadiran Luar Biasa Pada Mesyuarat Cawangan, Bukti Semangat Tidak Luntur:- Datuk Saarani Mohamad Reviewed by Perak BN on . Kehadiran ahli UMNO pada mesyuarat cawangan kali ini adalah lebih tinggi daripada sebelumnya dan ini membuktikan semangat mereka terus kental untuk membangunkan Kehadiran ahli UMNO pada mesyuarat cawangan kali ini adalah lebih tinggi daripada sebelumnya dan ini membuktikan semangat mereka terus kental untuk membangunkan Rating: 0
You Are Here: Home » Latest News » 31/05/2018 — Kehadiran Luar Biasa Pada Mesyuarat Cawangan, Bukti Semangat Tidak Luntur:- Datuk Saarani Mohamad

31/05/2018 — Kehadiran Luar Biasa Pada Mesyuarat Cawangan, Bukti Semangat Tidak Luntur:- Datuk Saarani Mohamad

perakbn Kehadiran Luar Biasa Pada Mesyuarat Cawangan Bukti Semangat Tidak LunturKehadiran ahli UMNO pada mesyuarat cawangan kali ini adalah lebih tinggi daripada sebelumnya dan ini membuktikan semangat mereka terus kental untuk membangunkan semula parti keramat itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Saarani Mohamad, berkata bilangan itu dapat dilihat di beberapa mesyuarat yang kini sedang berlangsung di seluruh negara.

“Semangat kita tidak luntur sebab UMNO di Perak adalah parti yang kuat. Ahli parti nampak bersemangat menghadiri mesyuarat cawangan masing-masing, bukan di kawasan saya sahaja tetapi seluruh Perak.

“Walaupun buat pada bulan puasa, tiada makan minum, kehadiran sangat memberangsangkan. Malah, ada yang mencatat kehadiran lebih ramai berbanding mesyuarat lalu. Ini mungkin kerana semangat mereka untuk bangkit semula,” ujar beliau.

Menerima hakikat kekalahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Perak, Datuk Saarani berkata ia bukan penamat sebaliknya adalah usaha untu memperkukuhkan parti.

Hasil keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), BN memenangi 27 kerusi DUN daripada 59 kerusi dan diikuti 11 kerusi parlimen dengan 10 daripadanya dimenangi UMNO.

Sehubungan itu, wakil rakyat yang menerima mandat rakyat terus melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan biarpun jumlah peruntukkan yang diterima tidak seperti sebelum ini.

“Oleh itu, kita akan mengekalkan kekuatan berkenaan dan juga melihat di mana kelemahan. Insya-Allah, kita akan kembali.

“Saya mendapat laporan, mereka turun (ke kawasan), itu tradisi UMNO,” ujar Datuk Saarani yang dipetik bagi ketika mengulas perjalanan mesyuarat cawangan UMNO di negeri ini.

Keputusan PRU14 turut menyaksikan perbezaan pembentukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menerusi majoriti mudah 31 kerusi selepas mendapat sokongan dua ADUN BN (29 PKR).

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top