31/05/2018 — Bakal Bertanding Jawatan Tertinggi Pada Pemilihan Parti:- DS Tajuddin Abdul Rahman Reviewed by Perak BN on . UMNO Bahagian Pasir Salak menyatakan sokongan terhadap Ketuanya, Datuk Seri Tajuddi Abdul Rahman untuk memberikan saingan pada satu daripada jawatan tertinggi p UMNO Bahagian Pasir Salak menyatakan sokongan terhadap Ketuanya, Datuk Seri Tajuddi Abdul Rahman untuk memberikan saingan pada satu daripada jawatan tertinggi p Rating: 0
You Are Here: Home » Latest News » 31/05/2018 — Bakal Bertanding Jawatan Tertinggi Pada Pemilihan Parti:- DS Tajuddin Abdul Rahman

31/05/2018 — Bakal Bertanding Jawatan Tertinggi Pada Pemilihan Parti:- DS Tajuddin Abdul Rahman

perakbn Bakal Bertanding Jawatan Tertinggi Pada Pemilihan PartiUMNO Bahagian Pasir Salak menyatakan sokongan terhadap Ketuanya, Datuk Seri Tajuddi Abdul Rahman untuk memberikan saingan pada satu daripada jawatan tertinggi parti pada sesi pemilihan UMNO hujung Jun ini.

Ketika ditemui pemberita, Ahli Parlimen Pasir Salak itu bagaimanapun hanya akan mengumumkan jawatan yang bakal ditandinginya pada Ahad ini di ibu negara.

“Apa jawatan yang diputuskan untuk saya tawarkan diri telah ditetapkan tadi (semalam), namun saya akan umumkan secara rasmi pada satu sidang media di Kuala Lumpur pada Ahad akan datang ini.

“Saya berhajat jika dapat sokongan daripada ahli-ahli UMNO, bagi saya untuk berkhidmat untuk parti bangkit semula, menjadi gagah pekasa seperti masa lampau seperti lebih 70 tahun lalu,”katanya ketika ditemui di Pasir Salak, malam tadi.

Sebagai seorang yang bernaung di bawah payung UMNO selaam 42 tahun, Datuk Seri Tajuddin yakin pengalaman yang sedikit itu mampu membolehkannya untuk mengembalikan semula semangat perjuangan UMNO yang sebenar.

Kegagalan Barisan Nasional (BN) mempertahankan pentadbiran negara pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak mencerminkan keruntuhan sokongan rakyat kepada UMNO kerana parti keramat bangsa Melayu itu masih menerima mandat rakyat di 59 kawasan parlimen.

“Bila kita teliti keputusan itu (PRU14) kita mendapati sokongan orang Melayu kepada UMNO semakin kuat. Kita menanag 59 kerusi di parlimen. 2.5 juta jumlah sokongan yang paling banyak diberikan kepada UMNO.

“ Dengan pengalaman ini saya mengenali perjuangan UMNO dengan mandat yang diberikan oleh rakyat. Pengalaman sedikit itu juga akan membantu parti membangkitkan semula semangat perjuangan,” ujar Ahli Majlis Tertinggi itu.

Datuk Seri Tajuddin menyifatkan keputusan membenarkan semua jawatan dipertandingkan adalah satu proses menguatkan parti dan seterusnya menonjolkan kredibiliti bakal pemimpin.

“Jika tidak ada pertandingan, maka mereka akan menerajui UMNO akan terdiri daripada tokoh yang tidak berkeupayaan. Jadi kalau ada pilihan, ahli akan buat pemilihan yang terbaik,” katanya.

Sepanjang berkhidmat dalam parti, bekas Timbalan Menteri Pertanian, Industri Asas Tani itu pernah membarisi jawatan Jawatan AJK Pemuda Bahagian (1986), Exco Pemuda UMNO Malaysia (1987), Naib Ketua Pemuda Negeri serta Timbalan Ketua UMNO Bahagian.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top