30/05/2018 — Tun Mahathir Bukan Penyumbang Utama Kemenangan PH:- Rafizi Ramli Reviewed by Perak BN on . Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menolak kenyataan bahawa kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) disebabkan populariti Pengerusinya Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menolak kenyataan bahawa kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) disebabkan populariti Pengerusinya Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 30/05/2018 — Tun Mahathir Bukan Penyumbang Utama Kemenangan PH:- Rafizi Ramli

30/05/2018 — Tun Mahathir Bukan Penyumbang Utama Kemenangan PH:- Rafizi Ramli

perakbn Tun Mahathir Bukan Penyumbang Utama Kemenangan PHNaib Presiden PKR, Rafizi Ramli menolak kenyataan bahawa kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) disebabkan populariti Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang memetik laporan pasca PRU14 oleh Invoke Malaysia bersetuju bahawa kemenangan yang dikecapi parti itu disebabkan oleh isu-isu yang dibawa oleh PH seperti pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

“Pada akhirnya, isu terbesar adalah isu punca pendapatan. Ia adalah mengenai GST, lebih mengatasi isu-isu lain.

“Selain itu, walaupun Dr. Mahathir menang besar sebelum ini di Kedah, kali ini PAS yang menang besar di Kedah. Ini bermakna, untuk pengundi Melayu, jika mereka perlu memilih antara PPBM yang dipimpin Dr. Mahathir atau PAS, mereka akan pilih PAS,” kritik Rafizi ketika dipetik menerusi satu media tempatan , semalam.

Kelantangan bekas ahli parlimen itu, turut mendapat perhatian para pendidik iaitu pensyarah dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mazlan Ali yang berkata teguran boleh dibuat namun biar kena pada masa dan keadaan.

“Salah teguran atau kritikan boleh menimbulkan keresahan rakyat dan boleh menggugat keharmonian pakatan politik yang sudah sedia wujud ini,” katanya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top