30/05/2018 — Kaedah Kiraan Hutang Berubah Bila Jadi Ketua Menteri Kepada Menteri:- Liang Teck Meng Reviewed by Perak BN on . Semasa bergelar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan bahawa pembayaran pajakan PPP/PFI tidak menjadi sebahagian daripada nilai hutang yang ditang Semasa bergelar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan bahawa pembayaran pajakan PPP/PFI tidak menjadi sebahagian daripada nilai hutang yang ditang Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 30/05/2018 — Kaedah Kiraan Hutang Berubah Bila Jadi Ketua Menteri Kepada Menteri:- Liang Teck Meng

30/05/2018 — Kaedah Kiraan Hutang Berubah Bila Jadi Ketua Menteri Kepada Menteri:- Liang Teck Meng

perakbn Kaedah Kiraan Hutang Berubah Bila Jadi Ketua Menteri Kepada MenteriSemasa bergelar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan bahawa pembayaran pajakan PPP/PFI tidak menjadi sebahagian daripada nilai hutang yang ditanggung oleh Kerajaan.

Namun, selepas bergelar Menteri Kewangan, beliau mengakui bahawa nilai hutang itu turut mengambil kira nilai pembayaran pajakan tersebut yang mana ia menyebabkan pihaknya mengumumkan jumlah hutang negara mencecah lebih RM1 trilion.

Dalam hal ini, Setiausaha Agung Gerakan, Liang Teck Meng berkata Guan Eng pernah menukar hutang negeri di Pulau Pinang sebanyak RM655 juta kepada pembayaran pajakan tahunan 45 tahun sebanyak RM14.55 juta dan melupuskan nilai itu sebagai perbelanjaan operasi.

“Lim (pernah) mendakwa bahawa pembayaran pajakan itu hanyalah perbelanjaan operasi biasa dan bukan hutang dan tidak harus dimasukkan dalam pengiraan hutang negeri,” kata Teck Meng dalam satu kenyataan.

Ironinya, kini Guan Eng menuduh pula kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Abd Razak telah meninggalkan hutang yang tinggi kepada negara apabila jumlah hutang itu turut mengambil kira nilai jaminan yang mana ia tidak pernah dimasukkan dalam pengukuran rasmi hutang kerajaan, bahkan semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir sebelum ini.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top