30/05/2018 — Ikhlas Bekerja, Jangan Harapkan Imbuhan:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi Reviewed by Perak BN on . Kembali kepada asas perjuangan UMNO dan semua ahli diseru untuk bekerja dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang imbuhan. Perkara itu disuarakan pemangku Presi Kembali kepada asas perjuangan UMNO dan semua ahli diseru untuk bekerja dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang imbuhan. Perkara itu disuarakan pemangku Presi Rating: 0
You Are Here: Home » General » 30/05/2018 — Ikhlas Bekerja, Jangan Harapkan Imbuhan:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi

30/05/2018 — Ikhlas Bekerja, Jangan Harapkan Imbuhan:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi

perakbn Ikhlas Bekerja Jangan Harapkan ImbuhanKembali kepada asas perjuangan UMNO dan semua ahli diseru untuk bekerja dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang imbuhan.

Perkara itu disuarakan pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengingatkan ahli untuk menunjukkan semangat terhadap parti seperti yang pernah dilakukan di peringkat awal dahulu.

“Saya menyeru diri saya dan ahli-ahli semua agar kembali kepada semangat perjuangan UMNO yang asal dahulu tanpa mengharapkan sebarang imbuhan sebaliknya bekerjalah dengan penuh keikhlasan demi menghidupkan perjuangan parti,” katanya.

Beliau menerusi catatan di Facebooknya semalam, memuji tindakan yang dilakukan para ahli sepanjang mengendalikan mesyuarat di cawangan.

“Ramai yang datang membawa bekalan makan minum untuk dikongsi bersama, malah ada juga yang bermesyuarat sebelum waktu sahur. Inilah perjuangan UMNO yang asal.

“Saya perlukan sokongan anda semua. Saya akan lakukan yang terbaik untuk parti kita,” kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid.

Sebagai pengemudi kepada UMNO, beliau menyatakan kesediaannya untuk memastikan parti Melayu itu terus teguh mengukuhkan perjuangannya demi bangsa dan agama.

“Saya faham apa yang diharapkan oleh suara akar umbi dan sebagai ‘imam’ saya tidak mahu ‘jemaah’ saya dibiarkan. Hidup UMNO! #UMNO72,” demikian catatannya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top