29/05/2018 — Tiada Faedah Terlibat Wacana Umum Guan Eng:- DSD Mohd Najib Tun Abdul Razak Reviewed by Perak BN on . Mengambil kira nasihat yang diberikan, bekas perdana menteri, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak akan menjawab soalan Menteri Kewangan, Lim Guan Mengambil kira nasihat yang diberikan, bekas perdana menteri, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak akan menjawab soalan Menteri Kewangan, Lim Guan Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 29/05/2018 — Tiada Faedah Terlibat Wacana Umum Guan Eng:- DSD Mohd Najib Tun Abdul Razak

29/05/2018 — Tiada Faedah Terlibat Wacana Umum Guan Eng:- DSD Mohd Najib Tun Abdul Razak

perakbn Tiada Faedah Terlibat Wacana Umum Guan EngMengambil kira nasihat yang diberikan, bekas perdana menteri, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak akan menjawab soalan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung isu 1MDB.

Ini kerana katanya, proses siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa, justetu tiada faedah untuk terjebak dengan wacana umum Guan Eng tentang isu berkenaan.

“Saya akan – apabila dan jika perlu – membincangkan hal itu pada forum yang berkenaan,” kata beliau ringkas.

Datuk Seri Diraja Mohd Najib berkata demikian ketika merujuk kepada kenyataan Guan Eng yang mahu bekas menteri kewangan itu bertanggungjawab terhadap skandal 1MDB dan menjelaskan beberapa nilai transaksi yang telah dibuat.

Antaranya Guan Eng membangkitkan soalan mengenai pelaburan bernlai USD8.33 bilion (AS$1 = RM3.98) yang dibuat oleh 1MDB antara 2009 dan 2013.

Nilai dana yang disebutkan itu merujuk kepada antara perkara yang sering dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan dan 1MDB.

Ia termasuk usahasama pelaburan perbadanan itu dengan PetroSaudi International Ltd, wang bon sejumlah USD3.5 bilion yang diterbitkan dengan tujuan asal untuk membeli loji-loji pejana kuasa di negara ini serta wang bon sejumlah USD 3.0 bilion yang diterbitkan untuk pembangunan TRX.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top