29/05/2018 — Fakta Kerajaan Macam Tempe:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi Reviewed by Perak BN on . Mencanangkan fakta yang tidak konsisten menyebabkan bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Kerajaan seperti tempe. Mencanangkan fakta yang tidak konsisten menyebabkan bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Kerajaan seperti tempe. Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 29/05/2018 — Fakta Kerajaan Macam Tempe:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi

29/05/2018 — Fakta Kerajaan Macam Tempe:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi

perakbn Fakta Kerajaan Macam TempeMencanangkan fakta yang tidak konsisten menyebabkan bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Kerajaan seperti tempe.

Katanya, Pakatan Harapan masih tidak menunaikan janjinya semasa berkempen pilihan raya umum lalu.

“Kita lihat contohnya, apabila diisytiharkan mereka menang, kata harga minyak akan turun tetapi kenyataannya sehingga sekarang tidak turun.

“Mereka juga isytihar GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) akan dihapuskan, tapi tidak ada barang yang harga turun walaupun GST 0 peratus. Ada 90 barangan yang telah naik harga,” kata pemangku Presiden UMNO itu ketika dipetik menerusi portal rasmi parti itu.

Dalam masa yang sama Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid mempersoalkan keputusan menangguhkan pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) oleh mereka berpendapatan RM4,000 ke bawah.

Keputusan berkenaan katanya seakan-akan bertentangan dengan usaha untuk menangani masalah hutang negara yang didakwa Kerajaan melebihi RM1 trilion.

“Mereka (Kerajaan) juga kata hutang negara RM1 trilion, tetapi yang jelas hanya RM686.8 billion. Mereka katakan ada pinjaman asing tetapi sebenarnya ’domestic debt’ iaitu pinjaman dalam negara…ertinya tidak ada pengaliran wang tunai ke luar negara,” ujar beliau semasa program berbuka puasa bersama Ketua-Ketua Penerangan Bahagian UMNO, kelmarin.

Tuduhan mengatakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang membuat pinjaman dalam mata wang dolar Amerika Syarikat (USD) dan Yen (China), namun hakikatnya Bank Negara Malaysia membuktikan hanya dua peratus sahaja pinjaman dalam USD dan satu peratus untuk mata wang Yen.

“Ertinya pinjaman kita dalam bentuk ringgit. Mereka juga kata Bursa KL (Kuala Lumpur) akan meningkat tapi akhirnya merudum jatuh.

“Dulu mereka kata ekonomi berada dalam kekecamukan dan negara hampir bankrap tetapi akhirnya mereka kata ekonomi kukuh. Siang cakap lain petang cakap lain. Macam tempe… pagi masih lagi kacang, petang sudah jadi tempe, esok sudah naik kulat,” kata Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid.

Sebagai pihak pembangkang, beliau mahu ahli parlimen BN kini untuk bersatu di Dewan Rakyat bagi mengekang tohmahan tidak benar kerajaan baharu.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top