29/05/2018 — Detik Kritikal, Adil Memilih Saf Kepimpinan:- DS Hishamuddin Tun Hussein Reviewed by Perak BN on . Ahli UMNO diingatkan untuk membuat pilihan yang adil, matang dan berintegriti bagi pemilihan saf kepimpinan yang bakal dibuat akhir bulan depan. Pemangku Timbal Ahli UMNO diingatkan untuk membuat pilihan yang adil, matang dan berintegriti bagi pemilihan saf kepimpinan yang bakal dibuat akhir bulan depan. Pemangku Timbal Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 29/05/2018 — Detik Kritikal, Adil Memilih Saf Kepimpinan:- DS Hishamuddin Tun Hussein

29/05/2018 — Detik Kritikal, Adil Memilih Saf Kepimpinan:- DS Hishamuddin Tun Hussein

perakbn Detik Kritikal Adil Memilih Saf KepimpinanAhli UMNO diingatkan untuk membuat pilihan yang adil, matang dan berintegriti bagi pemilihan saf kepimpinan yang bakal dibuat akhir bulan depan.

Pemangku Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata kepimpinan yang dipilih nanti akan menentukan jatuh bangunnya UMNO di masa hadapan.

“Ini detik kritikal. Usah kita berkelahi dan memburukkan antara satu sama lain hanya kerana berbeza pendapat dan pendirian.

“Pilihlah saf kepimpinan dengan adil, matang dan berintegriti. Inilah kepimpinan yang dikehendaki rakyat untuk meneraju UMNO ke era baharu. Gunakan ruang ini untuk memperbaiki parti dengan penuh hikmah dan kewarasan,” demikian entrinya di Facebook semalam.

Beliau juga mahu ahli parti keluar daripada kepompong kekalahan.

Perjuangan UMNO perlu terus dipegang dengan tujuan membela nasib bangsa Melayu dan rakyat.

“UMNO tidak dibina berlandaskan wang ringgit, darjat dan kedudukan yang disandang. Jangan biarkan pemilihan ini meretakkan kesatuan UMNO.

“Ketepikan ego, sifat angkuh, kepentingan peribadi dan politik menikam belakang. Inilah peluang kita untuk sama-sama meletakkan kembali perjuangan UMNO ke landasan yang betul. Salam perjuangan,” kata Datuk Seri Hishamuddin.

Pada pemilihan kali ini, semua jawatan dipertandingan termasuk jawatan tertinggi dan mereka yang ingin bertanding boleh berdaftar secara atas talian mulai 1 hingga 17 Jun ini.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top