29/05/2018 — Bangkit Daripada Keruntuhan, Perlu Kekuatan Dalaman:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Kekuatan dan kesedaran dalaman adalah perkara utama perlu diberi penekanan untuk UMNO dan Barisan Nasional (BN) bangkit daripada keruntuhan. Perkara itu dinyata Kekuatan dan kesedaran dalaman adalah perkara utama perlu diberi penekanan untuk UMNO dan Barisan Nasional (BN) bangkit daripada keruntuhan. Perkara itu dinyata Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 29/05/2018 — Bangkit Daripada Keruntuhan, Perlu Kekuatan Dalaman:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

29/05/2018 — Bangkit Daripada Keruntuhan, Perlu Kekuatan Dalaman:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Bangkit Daripada Keruntuhan Perlu Kekuatan DalamanKekuatan dan kesedaran dalaman adalah perkara utama perlu diberi penekanan untuk UMNO dan Barisan Nasional (BN) bangkit daripada keruntuhan.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir yang menyeru semua ahli sehingga peringkat umbi agar kembali kepada semangat jati diri dan bermuhasabah.

“Apa yang berlaku adalah satu ibrah iaitu satu pengajaran yang perlu dibina semula. Tidak bermakna apabila berlaku keruntuhan kita tidak mampu bangun lagi.

“Paling penting kita bersama-sama menginsafi dan seterusnya menggerakan seluruh ahli kita ke hadapan untuk membina daripada keruntuhan kita,”kata beliau kepada media rasmi UMNO baru-baru ini.

Kegagalan UMNO dan BN mengekalkan pemerintahan negara serta tewas di beberapa negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu jangan dilihat sebagai nokhtar akhir.

Sebaliknya, Datuk Seri Diraja Dr Zambry percaya ia adalah satu hikmah yang perlu diselami dan dijadikan pengajaran.

“Tidak bermakna segala-galanya sudah berakhir, yang penting semangat istiqomah kita, kekuatan kita untuk mara ke hadapan.

“Saya percaya atas rasa semangat yang kita tunjukkan diperingkat akar umbi secara bersama dan bersatu, kita akan dapat membina semula dengan syarat kena ada kekuatan dalaman dan kesedaran dalaman.

“Anggap ini satu cabaran kita yang kita tempuh dan menjadikannya pengajaran besar kepada UMNO. Jadi kita perlu bangkit bersama,” ujar Datuk Seri Diraja Dr Zambry yang juga ADUN Pangkor.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top