28/05/2018 — Serbuan NGO, Polis Ingatkan Jangan Ambil Tindakan Sendiri:- SAC Yahya Abd Rahman Reviewed by Perak BN on . Pasukan polis telah membuka kertas siasatan berhubung isu pencerobohan yang dilakukan sekumpulan lelaki yang dikatakan sebagai wakil badan bukan kerajaan (NGO) Pasukan polis telah membuka kertas siasatan berhubung isu pencerobohan yang dilakukan sekumpulan lelaki yang dikatakan sebagai wakil badan bukan kerajaan (NGO) Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 28/05/2018 — Serbuan NGO, Polis Ingatkan Jangan Ambil Tindakan Sendiri:- SAC Yahya Abd Rahman

28/05/2018 — Serbuan NGO, Polis Ingatkan Jangan Ambil Tindakan Sendiri:- SAC Yahya Abd Rahman

perakbn Serbuan NGO Polis Ingatkan Jangan Ambil Tindakan Sendiri SACPasukan polis telah membuka kertas siasatan berhubung isu pencerobohan yang dilakukan sekumpulan lelaki yang dikatakan sebagai wakil badan bukan kerajaan (NGO) terhadap sebuah kedai serbaneka di Manjoi, Ipoh pada 24 Mei lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC Yahya Abd Rahman dalam kenyataannya hari ini berkata kertas siasatan di bawah seksyen 448 Kanun Keseksaan (Pencerobohan) itu akan dirujuk terlebih dahulu kepada Timbalan Pendakwaraya dalam masa terdekat.

“Kumpulan lelaki tersebut telah meminta supaya minuman keras yang terdapat di dalam peti sejuk kedai tersebut tidak dijual dan mengarahkan pekerja kedai serbaneka itu mengeluarkan ke semua minuman keras tersebut.

“Kumpulan tersebut juga telah memberi amaran supaya perkara tersebut tidak lagi berulang dan mereka akan mengambil tindakan keras sekiranya berlaku lagi penjualan minuman keras di kedai tersebut,” katanya.

SAC Yahya turut memaklumkan bahawa pihaknya menerima tiga laporan berhubung pencerobahan tersebut yang dibuat oleh pekerja kedai berkenaan.

Berdasarkan laporan yang dibuat, pekerja kedai itu mendakwa kumpulan tersebut turut disertai oleh beberapa penduduk kampung.

Malah kumpulan berkenaan juga telah memberi teguran terhadap pihak pengurusan kedai serbaneka itu supaya tidak menjual minuman keras memandangkan lokasi premis itu berada dalam kawasan penduduk majoriti Islam.

“Orang ramai adalah dinasihatkan tidak mengambil tindakan sendiri dalam menguatkuasakan kesalahan atau yang mereka syaki bersalah.

“Orang ramai hendaklah membuat laporan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya,” nasihat SAC Yahya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top