28/05/2018 — PH Terima Komen Negatif, Rakyat Menghitung Detik 100 Hari:- Awang Selamat Reviewed by Perak BN on . Tempoh ‘berbulan madu 100 hari’ Pakatan Harapan (PH) pastinya sedang dalam hitungan rakyat. Memetik ulasan Awang Selamat di Utusan Mingguan semalam, beliau meli Tempoh ‘berbulan madu 100 hari’ Pakatan Harapan (PH) pastinya sedang dalam hitungan rakyat. Memetik ulasan Awang Selamat di Utusan Mingguan semalam, beliau meli Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 28/05/2018 — PH Terima Komen Negatif, Rakyat Menghitung Detik 100 Hari:- Awang Selamat

28/05/2018 — PH Terima Komen Negatif, Rakyat Menghitung Detik 100 Hari:- Awang Selamat

perakbn PH Terima Komen Negatif Rakyat Menghitung Detik 100 Hari Awang SelamatTempoh ‘berbulan madu 100 hari’ Pakatan Harapan (PH) pastinya sedang dalam hitungan rakyat.

Memetik ulasan Awang Selamat di Utusan Mingguan semalam, beliau melihat cabaran besar yang dihadapi barisan kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta kabinetnya adalah dengan mengurus persepsi dan menangi sentimen anti-kerajaan.

“Dua minggu kebelakangan ini pun menyaksikan begitu banyak komen negatif rakyat menerusi media sosial terhadap kerajaan. Sepatutnya atas kertas kerajaan yang baru menang PRU14 akan lebih popular di media sosial tetapi tidak begitu keadaannya,” katanya.

Kata Awang lagi, tatkala manifesto ingin ditunaikan, netizen banyak memberi komen tentang beberapa tindakan yang dibuat oleh Kerajaan antaranya pelanggaran kedaulatan undang-undang, tindakan berunsurkan seperti dendam, mempolitikkan siasatan ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Abdul Razak serta fakta-fakta lain yang mengelirukan.

“Apa yang dijanjikan dan hujah yang digunakan sebelum ini sudah bertukar nada seperti isu Proton, harga minyak, GST (cukai barangan dan perkhidmatan), tol dan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional).

“Inilah yang disifatkan ramai sebagai kecelaruan yang diharap tidak membawa banyak kerosakan. Itu belum menyentuh tindakan memberhentikan ribuan pekerja serta-merta yang mengundang kemarahan ramai,” demikian catatannya.

Hakikatnya juga netizen mengakui tindakan positif yang dilakukan Kerajaan seperti gaji menteri Kabinet dikurangkan 10 peratus, mengkaji semula elaun tinggi melampau pegawai tinggi awam dan lantikan politik dalam syarikat milik kerajaan.

Mengenai siasatan terhadap 1MDB yang dikaitkan terus dengan Datuk Seri Diraja Mohd Najib, semua pihak harus membiarkan proses siasatan berjalan tanpa prejudis seperti yang dinasihatkan Pengerusi Jawatankuasa Siasatan 1MDB, Abu Talib Othman dan Dr. Tan Seng Giaw.

“Kini tugas Dr. Mahathir berat dan berharap kerajaan pimpinannya dapat menangani semua isu serta cabaran. Tempoh bulan madu tidak lama (untuk melihat prestasi dan melaksanakan segala janji), rakyat menghitung hari menanti janji,” kata Awang.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top