28/05/2018 — Elak Dipengaruhi, Singapura Lancar Kempen Anti-Mahathir Reviewed by Perak BN on . Kerajaan Singapura dilaporkan telah melancarkan kempen anti-Mahathir atas alasan bimbang situasi yang berlaku di Malaysia akan mempengaruhi rakyatnya dan seteru Kerajaan Singapura dilaporkan telah melancarkan kempen anti-Mahathir atas alasan bimbang situasi yang berlaku di Malaysia akan mempengaruhi rakyatnya dan seteru Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 28/05/2018 — Elak Dipengaruhi, Singapura Lancar Kempen Anti-Mahathir

28/05/2018 — Elak Dipengaruhi, Singapura Lancar Kempen Anti-Mahathir

perakbn Elak Dipengaruhi Singapura Lancar KempenKerajaan Singapura dilaporkan telah melancarkan kempen anti-Mahathir atas alasan bimbang situasi yang berlaku di Malaysia akan mempengaruhi rakyatnya dan seterusnya menentang pentadbiran The People’s Action Party (PAP).

Merujuk kepada kenyataan yang dikongsikan oleh Voyagers di sebuah blog carian, beliau berkata PAP menyerang Kerajaan Malaysia menerusi sebuah laman atas talian berbayar dengan mendakwa menteri Malaysia kini adalah ‘rosak’.

Keputusan terhadap pemotongan gaji (menteri) sebanyak 10 peratus dilihat akan ‘merosakkan’ mereka.

“Pada awal Mei, Straits Times (Singapura) menerbitkan berita palsu yang mendakwa Kerajaan Malaysia berada dalam kekacauan. Berita tersebut telah dibantah oleh Kerajaan Malaysia bahawa ia tidak benar.

“Merujuk kepada akademi Singapura, Donald Low, adalah wajar kerajaan PAP mengkritik kerajaan baharu Malaysia memandangkan pentadbiran yang kini berubah kepada 180 darjah,” demikian memetik kenyataan itu, pada semalam.

Voyagers menulis, ramai pihak mahu melihat Kerajaan pentadbiran Tun Dr Mahathir gagal kerana pentadbirannya bercanggah dengan ideologi yang diinginkan seperti meletakkan kadar cukai barang dan perkhidmatan pada kosong peratus (0%), kajian semula terhadap Akta Antiberita Palsu, Akta Pencetakan, Akta Hasutan dan sebagainya.

“Dengan kata lain, ramai yang ingin melihat kerajaan Malaysia baharu ini gagal adalah kejayaannya akan menyebabkan mereka tidak serasi dan ketidak selesa. Oleh itu untuk menunjukkan kesesuaian dan konsistensi di pandangan mata dunia, mereka (Kerajaan) sanggup meletakkan hubungan Singapura-Malaysia berada tahap berisiko,” dakwannya.

Tambahnya, perubahan yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan bukanlah sesuatu yang dialu-alukan oleh pemerintah Singapura yang mana Perdana Menteri, Lee Hsien Loong adalah kawan baik kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Abdul Razak yang kini dilihat menjadi ‘mangsa’ serangan Kerajaan.

“Kerajaan Singapura (PAP) kini diancam dengan kemungkinan penarikan balik projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Johor–Singapura serta semakan semula kontrak bekalan air serta mengembalikan idea Tambak yang dicadangkan oleh Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri,” demikian yang dipetik.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top