27/05/2018 – - Taiping, Batang Padang Dilanda Banjir:- Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Reviewed by Perak BN on . Berikut cuaca hujan, dua daerah di negeri ini dilanda banjir iaitu di Taiping dan Batang Padang. Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana N Berikut cuaca hujan, dua daerah di negeri ini dilanda banjir iaitu di Taiping dan Batang Padang. Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana N Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 27/05/2018 – - Taiping, Batang Padang Dilanda Banjir:- Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri

27/05/2018 – - Taiping, Batang Padang Dilanda Banjir:- Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri

Taiping, Batang Padang Dilanda Banjir Jawatankuasa Pengurusan Bencana NegeriBerikut cuaca hujan, dua daerah di negeri ini dilanda banjir iaitu di Taiping dan Batang Padang.

Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, secara keseluruhannya jumlah mangsa yang ditempatkan malam tadi di dua daerah tersebut hampir 1,000 orang.

Di Taiping sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Nurul Hidayah di Trong, dan menempatkan 26 mangsa daripada tujuh keluarga.

“Kampung yang terjejas adalah Sungai Punggur, Sungai Bemban dan Kuala Trong dengan paras banjir dilaporkan sedalam kira-kira 1 meter,” katanya kepada pemberita, malam tadi.

Bagi kawasan di Bukit Gantang, beberapa kampung terjejas adalah Kampung Padang Gajah, Kampung Matang Merbau, Kampung Jawa, Kampung Batu Hampar, Kampung Padang Serai, Kampung Sungai Nyior, Sungai Limau, Sungai Rotan, Kampung Batu 25 dan 26.

“Bilangan perpindahan mangsa masih dalam tindakan dimana jumlah penduduk di kawasan berkenaan dianggar seramai 800 orang

“Air mula naik kira-kira jam 6 petang (semalam) setinggi 0.3 hingga 1 meter membabitkan kawasan seluar 500 hektar,” katanya.

Di daerah Batang Padang PPS dibuka bagi menempatkan mangsa banjir membabitkan Kampung Ladang Bikam, Sungkai dengan paras air dilaporkan 0.5 meter namun semakin surut.

“Mangsa yang terjejas adalah 30 lelaki, 25 wanita, 25 kanak-kanak lelaki, 26 kanak-kanak perempuan dan dua bayi,” demikian menurut jurucakap berkenaan.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top