27/05/2018 — Pertuduhan Fitnah, Sedia Disiasat:- DS Tajuddin Abdul Rahman Reviewed by Perak BN on . Bekas Pengerusi FELCRA Bhd, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyatakan kesediaan untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung da Bekas Pengerusi FELCRA Bhd, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyatakan kesediaan untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung da Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 27/05/2018 — Pertuduhan Fitnah, Sedia Disiasat:- DS Tajuddin Abdul Rahman

27/05/2018 — Pertuduhan Fitnah, Sedia Disiasat:- DS Tajuddin Abdul Rahman

perakbn Pertuduhan Fitnah Sedia DisiasatBekas Pengerusi FELCRA Bhd, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyatakan kesediaan untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah laku dan penyelewangan.

Beliau terdahulu menafikan laporan polis yang dibuat calon PKR, DUN Sungai Manik pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Mohamad Maharani Md Tasi, terhadapnya.

“Saya sudah meneliti laporan polis dibuatnya terhadap saya, saya bersedia untuk disiasat, saya berani kerana benar dan sedikit pun tidak rasa takut.

“Tapi jangan ingat dia boleh terlepas, kerana lepas saya disiasat, saya akan mengambil tindakan undang-undang untuk saman malu kerana dia (Mohamad Maharani) memfitnah saya,” kata Ahli Parlimen Pasir Salak itu.

Memetik laporan media, Mohamad Maharani telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh semalam untuk meminta pasukan berkuasa itu dan SPRM menyiasat salah laku serta penyelewengan yang katanya dilakukan Datuk Seri Tajuddin berhubung dana dan aset FELCRA selain politik wang.

Sehubungan dengan itu, Datuk Seri Tajuddin menegaskan jika tuduhan tersebut tidak tepat, beliau akan mengambil tindakan undang-undang.

“Saya rasa dia (Mohamad Maharani) marah sebab kalah PRU-14, itu sebab dia nak memfitnah saya begitu tapi ingat, saya sedikit tidak takut kerana semua dakwaan itu tidak berasas dan saya boleh menjawab semua dakwaan itu.

“Jangan suka-suka hati menuduh orang begitu kerana negara ini ada undang-undang dan saya juga boleh mengambil tindakan terhadapnya,” tegas bekas Timbalan Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top