27/05/2018 — 2 Minggu Ekonomi Kukuh? :- DSD Mohd Najib Tun Abdul Razak Reviewed by Perak BN on . Bunyinya seakan-akan berlaku keajaiban terhadap keadaan ekonomi di negara ini apabila dua minggu lepas dikatakan berdepan krisis teruk namun kini sudah pulih da Bunyinya seakan-akan berlaku keajaiban terhadap keadaan ekonomi di negara ini apabila dua minggu lepas dikatakan berdepan krisis teruk namun kini sudah pulih da Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 27/05/2018 — 2 Minggu Ekonomi Kukuh? :- DSD Mohd Najib Tun Abdul Razak

27/05/2018 — 2 Minggu Ekonomi Kukuh? :- DSD Mohd Najib Tun Abdul Razak

perakbn 2 Minggu Ekonomi KukuhBunyinya seakan-akan berlaku keajaiban terhadap keadaan ekonomi di negara ini apabila dua minggu lepas dikatakan berdepan krisis teruk namun kini sudah pulih dan kukuh.

Kenyataan ironi yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan ini menyebabkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Abdul Razak tampil menulis di Twitter beliau.

“Saya hairan betapa cepatnya ekonomi negara bertukar dari kononnya dalam keadaan krisis dan gagal sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kepada keadaan ekonomi yang kuat dan kukuh.

“Cuma dua minggu lebih sahaja? (diambil oleh kerajaan untuk pulihkan ekonomi),” tulis beliau semalam.

Memetik laporan media tempatan, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberitahu ekonomi negara masih kukuh dengan asas yang kuat walaupun keadaan fiskal perlu diperbaiki.

Di sektor kewangan, katanya pemodalan adalah tinggi, pinjaman tidak berbayar adalah rendah dan kecairan di pasaran modal adalah tinggi, dan keadaan ini diyakini negara akan lebih kuat selepas keadaan fiskal diperbaiki.

Sebelum berjaya mentadbir negara, Pakatan Harapan menjadikan cerita negara bakal bankrap dan muflis di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebagai ‘modal’ meraih undi dan perhatian rakyat.

Para pemimpinnya juga mendakwa keadaan itu disebabkan kerana gejala rasuah.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top