26/05/2018 — Kembalikan Jiwa, Semangat Pejuang UMNO Terdahulu:- Dr Faizal Tajuddin Reviewed by Perak BN on . Pemimpin hari ini dan akan datang perlu mempunyai mewarisi jiwa dan semangat juang pemimpin terdahulu, demikian kata Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak, Dr Pemimpin hari ini dan akan datang perlu mempunyai mewarisi jiwa dan semangat juang pemimpin terdahulu, demikian kata Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak, Dr Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 26/05/2018 — Kembalikan Jiwa, Semangat Pejuang UMNO Terdahulu:- Dr Faizal Tajuddin

26/05/2018 — Kembalikan Jiwa, Semangat Pejuang UMNO Terdahulu:- Dr Faizal Tajuddin

perakbn Kembalikan Jiwa Semangat Pejuang UMNO TerdahuluPemimpin hari ini dan akan datang perlu mempunyai mewarisi jiwa dan semangat juang pemimpin terdahulu, demikian kata Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak, Dr Faizal Tajuddin.

Mengambil ikhtibar daripada kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau akur antara punca keadaan itu berlaku apabila ada dalam kalangan ahli parti sanggup berkorban segala yang sepatutnya diwarisi lalu akibatnya membawa kerosakan kepada UMNO sendiri.

“Jika pemimpin terdahulu sanggup berkorban apa sahaja untuk menubuhkan UMNO hingga ada yang memberi derma dan sebagainya namun perkara itu berubah tahun demi tahun.

“Budaya sekarang sudah berubah di mana bukan lagi bangga memberi khidmat kepada parti tapi apa yang aku boleh dapat dan perkara ini harus diubah kembali,” katanya.

Dr Faizal mahu generasi baharu akan lebih peka terhadap aspek keikhlasan dalam memberikan sumbangan kepada rakyat.

Tambahnya, slogan parti yang melaungkan perjuangan bangsa Melayu dan agama Islam harus difahami secara mendalam dan diterjemahkan ke akar umbi.

“UMNO dilihat gagal menjiwai aspirasi dan kehendak rakyat dan selalunya kita dengar masalah di peringkat akar umbi pastu kita block (tutup), di peringkat atasan kita cakap pasal benda lain. Ini yang banyak kali berlaku,” akui beliau yang berikhtizam untuk mengembalikan sokongan pemuda pada pilihan raya akan datang

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top