26/05/2018 — Kakitangan ‘Lantikan Politik’ Ada Tanggungjawab Tunaikan Nafkah:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi Reviewed by Perak BN on . Memberhentikan kakitangan 'lantikan politik' oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mencerminkan kepesongan mereka yang katanya mahu membela rakyat. Hakikatnya, bek Memberhentikan kakitangan 'lantikan politik' oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mencerminkan kepesongan mereka yang katanya mahu membela rakyat. Hakikatnya, bek Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 26/05/2018 — Kakitangan ‘Lantikan Politik’ Ada Tanggungjawab Tunaikan Nafkah:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi

26/05/2018 — Kakitangan ‘Lantikan Politik’ Ada Tanggungjawab Tunaikan Nafkah:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi

perakbn Kakitangan Lantikan Politik Ada Tanggungjawab Tunaikan NafkahMemberhentikan kakitangan ‘lantikan politik’ oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mencerminkan kepesongan mereka yang katanya mahu membela rakyat.

Hakikatnya, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan lantikan mereka adalah tertakluk kepada prosedur yang ditetapkan serta merujuk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

“Perlu dijelaskan bahawa sebahagian besar daripada pegawai dan kakitangan ini bergaji sederhana dan rendah, ada antaranya yang menerima gaji mengikut Gred 17.

” Kebanyakan mereka ini adalah pemudahcara kementerian dan jabatan tertentu serta tidak menerima faedah secara menyeluruh dalam perkhidmatan awam.

“Biarpun mereka adalah kakitangan sandaran, mereka mempunyai keluarga dan mulut untuk disuap. Fikirkanlah soal kebajikan anak isteri mereka selepas ini,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil keputusan untuk memberhentikan perkhidmatan mereka, dengan alasan mereka bergaji besar dan bertindak sebagai kroni Menteri dan ketua jabatan tertentu.

Perkara itu dinafikan Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid disamping menampakkan Kerajaan seakan-akan mahu menghukum golongan ini demi memenuhi agenda politik.

“UMNO melihat perkembangan ini sebagai sesuatu yang tidak sihat dan tidak seharusnya berlaku.

“Rakyat tidak akan lupa bahawa hasrat parti DAP dari dulu lagi ialah untuk mengurangkan beratus ribu penjawat awam. Tidak mustahil bahawa ribuan penjawat awam ini hanya merupakan titik permulaan

“Apa lagi, mereka ini ditamatkan serta-merta ketika sedang bersiap sedia menyambut kedatangan 1 Syawal. Pasti ia menimbulkan beban dan keresahan,” kata Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk.

Dalam kenyataannya itu, beliau juga turut mencadangkan agar kakitangan tersebut sewajarnya diserap sebagai perkhidmatan awam.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top