26/05/2018 — Beri Laluan Pemimpin Lain, Putus Tidak Bertanding:- Datuk Mas Ermieyanti Samsudin Reviewed by Perak BN on . Ke arah transformasi yang menyeluruh, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin memutuskan untuk tidak bertanding bagi semua jawatan pada pemili Ke arah transformasi yang menyeluruh, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin memutuskan untuk tidak bertanding bagi semua jawatan pada pemili Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 26/05/2018 — Beri Laluan Pemimpin Lain, Putus Tidak Bertanding:- Datuk Mas Ermieyanti Samsudin

26/05/2018 — Beri Laluan Pemimpin Lain, Putus Tidak Bertanding:- Datuk Mas Ermieyanti Samsudin

perakbn Beri Laluan Pemimpin Lain Putus Tidak BertandingKe arah transformasi yang menyeluruh, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin memutuskan untuk tidak bertanding bagi semua jawatan pada pemilihan UMNO kali ini.

Katanya, tindakan itu juga diyakini dapat memberi peluang kepada pemimpin lain untuk menyumbangkan khidmat bakti serta pandangan baharu.

“Saya juga akan tamat tempoh memimpin Pergerakan Puteri UMNO Malaysia untuk diserahkan baton kepimpinan kepada pemimpin Puteri (UMNO) yang lain.

“Dengan ini juga saya juga berharap ramai pimpinan UMNO lama akan memberi ruang pada muka baharu untuk memimpin parti dan sayap UMNO,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata mahu memberikan fokus kepada khidmat di kawasannya yang mana rakyat telah meletakkan kepercayaan kepada beliau untuk mewakili mereka.

Datuk Mas Ermieyati berkata demikian menerusi kenyataaan medianya hari ini.

Pemilihan parti UMNO dijadualkan akan berlangsung pada akhir bulan depan dan ketika ini sedang berlangsungnya pemilihan di peringkat cawangan yang telah bermula sejak 19 Mei lalu hingga 10 Jun ini.

Seperti juga yang diumumkan pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini, pemilihan ketua sayap dijadual diadakan pada 23 Jun dan diikuti pemilihan Majlis Tertinggi UMNO pada 30 Jun.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top