22/05/2018 — Peraturan Parti Membenarkan Semua Jawatan Dipertandingkan:- TS Annuar Musa Reviewed by Perak BN on . Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mahu semua pihak menghentikan polemik pertandingan jawatan tertinggi sebelum ia merebak kepada amalan demokrasi parti Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mahu semua pihak menghentikan polemik pertandingan jawatan tertinggi sebelum ia merebak kepada amalan demokrasi parti Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 22/05/2018 — Peraturan Parti Membenarkan Semua Jawatan Dipertandingkan:- TS Annuar Musa

22/05/2018 — Peraturan Parti Membenarkan Semua Jawatan Dipertandingkan:- TS Annuar Musa

perakbn Peraturan Parti Membenarkan Semua Jawatan DipertandingkanKetua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mahu semua pihak menghentikan polemik pertandingan jawatan tertinggi sebelum ia merebak kepada amalan demokrasi parti berkenaan.

Jelasnya, berdasarkan kepada peraturan parti amatlah jelas baahwa semua jawatan termasuk presiden, timbalan serta majlis tertinggi (MT) boleh dipertandingkan.

“Mereka yang ingin menawar diri hanya perlu mendaftar secara dalam talian dalam tempoh lebih dari dua minggu bermula awal Jun.

“Ini menjadikan UMNO parti yang paling terbuka di dunia dan sesiapa saja kalangan ahli boleh bertanding apa jua jawatan termasuk presiden, timbalan, naib dan MT,” katanya.

Tan Sri Annuar dalam kenyataannya turut memberitahu bahawa pada 30 Jun nanti serentak seluruh negara, 191 bahagian akan bersidang dan memilih untuk pelbagai jawatan di bahagian dan MT.

Semenatara itu, bagi pemilihan pimpinan sayap parti, UMNO menetapkan pada 23 Jun.

Katanya lagi, UMNO kini melaksanakan peranan sebagai parti pembangkang yang mana tidak mustahil ahli mahukan corak kepimpinan yang berbeza.

“Kebetulannya pula jawatan presiden, timbalan dan naib sememangnya kosong.

“Kini terserah kepada yang empunya diri dan ahli.

“Selamat bersidang kepada semua cawangan yang bakal memilih perwakilan masing-masing ke mesyuarat bahagian nanti,” kata Tan Sri Annuar diakhir kenyatannya.

UMNO kini berdepan dengan pelbagai pandangan berhubung isu mempertandingan jawatan tertinggi dalam parti.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top