21/05/2018 — Shopfirstluxury Dakwa Imej Kontoversi Beg Tangan Mewah Miliknya Reviewed by Perak BN on . Penularan beberapa gambar beg tangan mewah yang dikaitkan dengan skandal 1Malayisa Development Berhad (1MDB) didakwa bukanlah imej sebenar. Memetik satu laporan Penularan beberapa gambar beg tangan mewah yang dikaitkan dengan skandal 1Malayisa Development Berhad (1MDB) didakwa bukanlah imej sebenar. Memetik satu laporan Rating: 0
You Are Here: Home » General » 21/05/2018 — Shopfirstluxury Dakwa Imej Kontoversi Beg Tangan Mewah Miliknya

21/05/2018 — Shopfirstluxury Dakwa Imej Kontoversi Beg Tangan Mewah Miliknya

perakbn Shopfirstluxury Dakwa Imej Kontoversi Beg Tangan Mewah MiliknyaPenularan beberapa gambar beg tangan mewah yang dikaitkan dengan skandal 1Malayisa Development Berhad (1MDB) didakwa bukanlah imej sebenar.

Memetik satu laporan media berbahasa Inggeris, sebuah kedai barangan mewah di Singapura, Shopfirstluxury mengesahkan bahawa gambar yang tular itu adalah miliknya yang mana kolekasi beg tersebut telah diambil di bilik pamerannya.

“Kami telah cuba untuk menghubungi beberapa saluran media tetapi sepertinya tiada maklum balas, dan sekarang gambat tersebut telah tersebar di Indonesia.

“Jika sesiapa menerima gambar tersebut, jangan sebarkan. Pelanggan kami yang pernah berkunjung ke bilik pameran kami yang lama sudah pasti di mana gambar itu diambil.

“Dalam era makluman pantas sekarang ini, pembaca berita perlu menjadi pembaca yang bertanggungjawab dan fikir dua kali sebelum berkongsi (maklumat) dengan rakan dan keluarga,” dakwa Shopfirstluxury.

Dalam siasatan berhubung isu 1MDB, terdapat beberapa gambar lain yang dikaitkan antaranya jam tangan mewah serta susunan wang tunai mata wang USD telah tular.

Enam utas jam tangan Rolex dikongsikan secara meluas dalam laman Pinterest manakala susunan wang itu dikatakan adalah imej bertarikh Jun 2016 iaitu merupakan wang hasil kes rompakan yang pernah berlaku di Amerika Syarikat.

Pada 16 Mei lepas, polis telah menggeledah enam premis yang berkaitan dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Razak yang mana pelbagai barangan yang dirampas bagi tujuan siasatan kes 1MDB.

Sementara itu, menerusi laporan yang berbeza, Datuk Seri Diraja Mohd Najib mendakwa dalam rampasan yang dibuat, pihak berkuasa turut mengambil kasut bayi , hadiah perkahwinan anaknya serta kasut anaknya.

“Apa kena mengenai isu 1MDB dengan kasut anak saya dan hadiah perkahwinan,” kata Ahli Parlimen Pekan itu semasa berucap merasmikan mesyuarat tahunan cawangan dan pergerakan sayap UMNO Bahagian Pekan, Pahang semalam.

Ucapan itu merupakan yang pertama selepas beliau melepaskan jawatan utamanya sebagai Presiden UMNO.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top