21/05/2018 — Setuju Benarkan Semua Jawatan Dipertandingkan:- Senator Khairul Azwan Harun Reviewed by Perak BN on . Naib Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun menyuarakan persetujuannya berhubung dengan cadangan mempertandingan jawatan tertinggi UMNO pada pemilihan p Naib Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun menyuarakan persetujuannya berhubung dengan cadangan mempertandingan jawatan tertinggi UMNO pada pemilihan p Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 21/05/2018 — Setuju Benarkan Semua Jawatan Dipertandingkan:- Senator Khairul Azwan Harun

21/05/2018 — Setuju Benarkan Semua Jawatan Dipertandingkan:- Senator Khairul Azwan Harun

Setuju Benarkan Semua Jawatan DipertandingkanNaib Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun menyuarakan persetujuannya berhubung dengan cadangan mempertandingan jawatan tertinggi UMNO pada pemilihan parti kali ini.

Kenyataan itu sekaligus selaras dengan gesaaan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mengajak semua pihak perlu berlapang dada dengan cadangan berkenaan.

“Saya setuju dgn pendirian @Khairykj bahawa UMNO perlu benarkan pertandingan bagi semua jawatan parti tanpa sekatan pada pemilihan ini,” kata Senator Khairul Azwan yang dipetik di Twitternya.

Turut senada dengan cadangan ini, ialah Ketua Pemuda UMNO Selangor, Zainuri Zakaria yang berkata jawatan tertinggi itu sepatutnya terbuka kepada semua pihak, termasuk dalam kalangan pemimpin sayap parti yang mempunyai kredibiliti serta berimej bersih.

“Biar ada pertandingan dan biar ahli memilih siapa yang mereka fikirkan layak untuk menerajui parti,” katanya yang dipetik daripada laporan media hari ini.

Dalam isu mempertandingkan jawatan tertinggi ini, ia mendapat pelbagai reaksi daripada ahli parti yang mana ada dalam kalangan ahli yang tidak bersetuju untuk mempertandingkan jawatan-jawatan berkenaan.

Bagi UMNO Melaka, pihaknya mencadangkan agar tiga jawatan tertinggi parti, iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan satu daripada jawatan Naib Presiden tidak dipertandingkan.

Menerusi kenyataan Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil, Tan Sri Mohd Ali Rustam pihaknya telah mencadangkan tiga nama bagi mengisi jawatan terbabit iaitu Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden; Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Timbalan Presiden) dan Khairy Jamaluddin (Naib Presiden).

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top