19/05/2018 — Lupakan Kekalahan, Teruslah Bangkit:- Datin Mastura Mohd Yazid. Reviewed by Perak BN on . Teruskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara, demikian seru Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid. Katanya semua ahli Barisan Nasional ( Teruskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara, demikian seru Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid. Katanya semua ahli Barisan Nasional ( Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 19/05/2018 — Lupakan Kekalahan, Teruslah Bangkit:- Datin Mastura Mohd Yazid.

19/05/2018 — Lupakan Kekalahan, Teruslah Bangkit:- Datin Mastura Mohd Yazid.

perakbn Lupakan Kekalahan Teruslah BangkitTeruskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara, demikian seru Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid.

Katanya semua ahli Barisan Nasional (BN) seharusnya bangkit semula memperkukuhkan jentera dan seterusnya melupakan kekalahan di pentas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Kepada pejuang-pejuang, terus beristiqamah dan berdoa. Kita di pihak yang benar dan teruslah berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Hikmah besar menanti kita,” katanya.

Datin Mastura terlibat dalam politik secara serius selepas dicalonkan sebagai calon parlimen Kuala Kangsar apabila calon BN, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang juga suaminya yang meninggal akibat nahas helikopter terhempas pada 2016.

Dalam pada itu, beliau mengakui akan pelbagai dugaan yang diterimannya baik dari dalam atau di luar parti sendiri.

“Walau apa pun yang melanda, BN Kuala Kangsar dianugerahkan kemenangan dalam suasana politik tanah air yang bergolak dan parti hilang kuasa di peringkat Persekutuan,” katanya yang dipetik di media tempatan.

Datin Mastura mengekalkan kemenangan BN di Kuala Kangsar pada PRU14 dengan peroleh undi sebanyak 12, 102 undi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top