19/05/2018 — Kerajaan Diminta Ambil Kira Kebajikan 17,000 Kakitangan Awam:- DS Dr Wee Ka Siong Reviewed by Perak BN on . Dalam usaha Kerajaan mengenakan langkah penjimatan perbelanjaan negara, kepimpinan Pakatan Harapan (PH) diharap tidak mengenepikan kebajikan 17,000 kakitangan a Dalam usaha Kerajaan mengenakan langkah penjimatan perbelanjaan negara, kepimpinan Pakatan Harapan (PH) diharap tidak mengenepikan kebajikan 17,000 kakitangan a Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 19/05/2018 — Kerajaan Diminta Ambil Kira Kebajikan 17,000 Kakitangan Awam:- DS Dr Wee Ka Siong

19/05/2018 — Kerajaan Diminta Ambil Kira Kebajikan 17,000 Kakitangan Awam:- DS Dr Wee Ka Siong

perakbn Kerajaan Diminta Ambil Kira Kebajikan 17,000 Kakitangan AwamDalam usaha Kerajaan mengenakan langkah penjimatan perbelanjaan negara, kepimpinan Pakatan Harapan (PH) diharap tidak mengenepikan kebajikan 17,000 kakitangan awam lantikan politik.

Sehubungan dengan itu, Tmbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong merayu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar menangguhkan pemecatan kakitangan awam lantikan politik sekurang-kurangnya pada pertengahan Jun ini.

“Saya boleh bayangkan ketidakcelaruan dalam benak fikiran mereka yang bergaji rendah ini untuk memikirkan masa depan keluarga masing-masing, apatah lagi untuk menyambut Ramadan dan Syawal yang mendatang,” katanya.

Beliau berkata demikian di media sosialnya yang memberi reaksi terhadap pengumuman Tun Dr Mahathir pada Rabu, untuk menamatkan khidmat kakitangan lantikan politik itu.

“Saya menghormati keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, kerana saya memahami antara alasan penamatan kontrak itu adalah bagi tujuan menjimatkan kewangan kerajaan.

“Sungguhpun begitu saya merayu agar YAB perdana menteri dapat memberi pertimbangan supaya penamatkan kontrak itu dapat ditangguhkan sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri,” kata Datuk Dr Ka Siong.

Beliau yang memahami dan menyelami amalan berpuasa dan sambutan Hari Raya dalam kalangan orang Melayu mengakui ia seharusnya dilaksanakn dalam suasana yang selesa.

“Bagaimanakah penjawat-penjawat awam yang beragama Islam mampu menunaikan rukun itu jika poket mereka kosong kerana ketiadaan kerja?”katanya.

Atas dasar berperikemanusiaan, beliau meletakkan kepercayaan bahawa Tun Dr Mahathir akan mengubah keputusan yang telah dibuat itu.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top