18/05/2018 — Tiada Beza Lantikan Exco Pulau Pinang:- Dr Norlela Ariffin Reviewed by Perak BN on . ADUN Penanti, Dr Norlela Ariffin mempertikaikan barisan exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mana ia tidak seimbang serta tidak menepati permintaan parti komp ADUN Penanti, Dr Norlela Ariffin mempertikaikan barisan exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mana ia tidak seimbang serta tidak menepati permintaan parti komp Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 18/05/2018 — Tiada Beza Lantikan Exco Pulau Pinang:- Dr Norlela Ariffin

18/05/2018 — Tiada Beza Lantikan Exco Pulau Pinang:- Dr Norlela Ariffin

perakbn Tiada Beza Lantikan Exco Pulau PinangADUN Penanti, Dr Norlela Ariffin mempertikaikan barisan exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mana ia tidak seimbang serta tidak menepati permintaan parti komponen Pakatan Harapan (PH).

Beliau yang merupakan ahli PKR berkata penampilan barisan exco dibawah kepimpinan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow lebih memihak kepada ‘keuntungan’ parti DAP.

“Berbanding Selangor, Johor dan Negeri Sembilan, hanya barisan exco Pulau Pinang dan portfolio yang dipegang tidak seimbang.

“Ia seolah-olah terlalu memberi kuasa kepada satu parti walaupun 14 kerusi dimenangi PKR, dua oleh Parti Amanah Negara (PAN) dan dua oleh PPBM, hampir sama dengan DAP yang memenangi 19 kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) baru-baru ini,” katanya selepas selesai menghadiri majlis angkat sumpah jawatan Timbalan Ketua Menteri (TKM) 1 dan ahli exco, kelmarin.

Dalam membariskan exco, ADUN daripada PAN dan PPBM tidak dilantik bagi memegang jawatan meskipun sebelum ini PPBM ada meminta untuk dua ADUN mereka disenaraikan dalam barisan exco berkenaan.

“Saya harap Majlis Presiden boleh berbincang sama ada barisan excoKetua Menteri dalam pentadbiran setiap negeri yang diperintah Pakatan Harapan (PH) boleh dipastikan lebih adil dan saksama,” kata Dr Norlela yang dipetik menerusi laporan media tempatan.

Berdasarkan pecahan kerusi Ketua Menteri, TKM2 dan enam kerusi exco diisi ADUN DAP, dan di pihak PKR diperuntukkan hanya tiga kerusi termasuk dua kerusi exco dan satu kerusi TKM1.

Sehubungan dengan itu, Dr Norlela berkata meskipun landskap sokongan pengundi pada PRU14 telah berubah berbanding PRU13, namun agihan jawatan dalam pentadbiran masih tidak dikongsi secara saksama.

“Wakil rakyat PKR, AMANAH dan PPBM pun ada pengalaman dalam penggubalan dasar dan pelaksanaan pada peringkat Persekutuan serta negeri, malah terdiri daripada kalangan profesional.

“Pada PRU13, pengundi yang memberi kemenangan kepada Kerajaan Negeri majoritinya adalah pengundi Cina dan tinggal di kawasan bandar, namun pada PRU14 ia berubah dan barisan exco perlu lebih seimbang dan berkongsi kuasa bagi portfolio penting,” ujar beliau.

Dalam konteks negeri Perak, Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu masih belum lagi memutuskan senarai barisan exco.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top