18/05/2018 — Peniaga Makanan Bazar Ramadan, Patuhi Kebersihan:- Dr Ding Lay Ming Reviewed by Perak BN on . Peniaga makanan di bazar Ramadan di negeri ini diingatkan supaya mematuhi peraturan kebersihan makanan mengikuti Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan Peniaga makanan di bazar Ramadan di negeri ini diingatkan supaya mematuhi peraturan kebersihan makanan mengikuti Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 18/05/2018 — Peniaga Makanan Bazar Ramadan, Patuhi Kebersihan:- Dr Ding Lay Ming

18/05/2018 — Peniaga Makanan Bazar Ramadan, Patuhi Kebersihan:- Dr Ding Lay Ming

Peniaga Makanan Bazar Ramadan Patuhi KebersihanPeniaga makanan di bazar Ramadan di negeri ini diingatkan supaya mematuhi peraturan kebersihan makanan mengikuti Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Perak, Dr Ding Lay Ming menegaskan, jika peraturan tersebut gagal dipatuhi peniaga akan berdepan dengan kompaun dengan jumlahnya sekurang-kurangnya RM200.

“Kita prihatin terhadap isu keselamatan makanan dan memberi keutamaan dalam menjaga kebersihan supaya keracunan makanan dapat dielakkan,” katanya.

Antara pematuhan kebersihan ialah para peniaga perlu memakai topi dan apron selain makanan yang dijual ditutup.

Dr Lay Ming berkata dmeikain selepas melancarkan Ops Ramadan 2018 peringkat negeri di Bazar Ramadan Kamunting, Taiping, semalam.

Ops Ramadan 2018 itu bertujuan memantau selain penguatkuasaan bagi melindungi pengguna daripada bahaya keracunan makanan sepanjang Ramadan ini.

Pada tahun lalu, sebanyak 3,214 premis diperiksa yang mana tujuh daripadanya diarah tutup.

“Hasil pemeriksaan itu 318 rampasan dibuat dengan nilai rampasan RM1,490.87 tahun lalu,”kata Dr Lay Ming.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top