18/05/2018 — Mesyuarat UMNO Perak Bincang Sokongan Terhadap Zambry:- Datuk Saarani Mohamad Reviewed by Perak BN on . UMNO Perak sebulat suara bersetuju menyokong untuk mengekalkan Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir sebagai Pengerusi Badan Perhubungan, demikian dimaklumkan T UMNO Perak sebulat suara bersetuju menyokong untuk mengekalkan Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir sebagai Pengerusi Badan Perhubungan, demikian dimaklumkan T Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 18/05/2018 — Mesyuarat UMNO Perak Bincang Sokongan Terhadap Zambry:- Datuk Saarani Mohamad

18/05/2018 — Mesyuarat UMNO Perak Bincang Sokongan Terhadap Zambry:- Datuk Saarani Mohamad

perakbn Mesyuarat UMNO Perak Bincang Sokongan Terhadap ZambryUMNO Perak sebulat suara bersetuju menyokong untuk mengekalkan Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir sebagai Pengerusi Badan Perhubungan, demikian dimaklumkan Timbalan Pengerusi, Datuk Saarani Mohamad.

Perkara tersebut dibincangkan semasa sesi mesyuarat badan perhubungan pada Selasa lalu.

“Pada mesyuarat Selasa lalu, kami membuat keputusan untuk sebulat suara menyokong Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir untuk terus menyandang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak,ā€¯katanya kepada pemberita, semalam.

Sementara itu, pada mesyuarat tersebut Datuk Saarani memberitahu bahawa UMNO Perak tidak lagi memutuskan mana-mana pemimpin untuk dijadikan calon bagi menerajui kepimpinan tertinggi parti pada sesi pemilihan tahun ini.

“Untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, UMNO Perak belum buat sebarang keputusan dan belum ada pendirian mengenainya,” ujar beliau yang dipetik daripada sebuah laporan media tempatan.

Selepas Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Abdul Razak melepaskan jawatannya, tugas tersebut digalas oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam masa yang sama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden.

Bercakap mengenai mesyuarat cawangan dan bahagian yang akan berlangsung nanti, Datuk Saarani menjangka keadaan dapat dikawal dan sekaligus mengekal berlakunya suasana tegang.

“Sudah menjadi kebiasaan, setiap kali ada pemilihan, pasti akan ada yang bertanding (melawan penyandang), ia adalah perkara normal,” katanya yang tidak menolak kemungkinan pemilihan tahun ini adalah sengit.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top