17/05/2018 — Tiada Taktik Kotor, Terimalah Kekalahan:- Mohd Kamaruddin Abu Bakar Reviewed by Perak BN on . Keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) memperlihatkan amalan demokrasi yang berlaku mengikut peraturan. Sehubungan dengan itu, ADUN Kuala Sepetang, Mohd Kama Keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) memperlihatkan amalan demokrasi yang berlaku mengikut peraturan. Sehubungan dengan itu, ADUN Kuala Sepetang, Mohd Kama Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 17/05/2018 — Tiada Taktik Kotor, Terimalah Kekalahan:- Mohd Kamaruddin Abu Bakar

17/05/2018 — Tiada Taktik Kotor, Terimalah Kekalahan:- Mohd Kamaruddin Abu Bakar

Tiada Taktik Kotor Terimalah KekalahanKeputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) memperlihatkan amalan demokrasi yang berlaku mengikut peraturan.

Sehubungan dengan itu, ADUN Kuala Sepetang, Mohd Kamaruddin Abu Bakar menasihatkan semula penduduk tempatan untuk menghormati keputusan berkenaan yang mana pada kali ini ia memihak kepada Barisan Nasional (BN).

“Tidak timbul isu taktik kotor mahupun penipuan, jika ada pasti sudah akan ada tindakan.

“Pada saya, mereka ini tidak faham dan tidak boleh menerima keputusan PRU14 dengan baik,” ujar beliau.

Mohd Kamaruddin mengulas tindakan penduduk tempatan yang bertindak mengumpulkan sokongan kepada bekas ADUN sebelum ini Chua Yee Ling (PKR) yang mahu terus berkhidmat di kawasan tersebut.

Difahamkan lebih 3,000 tandatangan berjaya dikumpulkan sebagai simbolik kepada sokongan tersebut yang mana kata Mohd Kamaruddin tindakan berkenaan seolah-olah menidakkan hak dan pilihan rakyat yang lain.

“Dun Kuala Sepetang bukan hanya melibatkan Pekan Kuala Sepetang semata-mata, saya berharap mereka dapat menerima hakikat yang sebenarnya,” katanya.

Dalam pertembungan tiga penjuru, Mohd Kamaruddin berjaya menewaskan calon Yee Ling dan calon PAS, Rahim Ismail dengan majoriti 329 undi di Kuala Sepetang.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top