17/05/2018 — Rakyat Mahu Lihat BN Jadi Pembangkang Berwibawa:- Khairy Jamaluddin Reviewed by Perak BN on . Meskipun ditolak untuk membentuk Kerajaan, Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin yakin bahawa rakyat mahu melihat parti keramat itu melaksan Meskipun ditolak untuk membentuk Kerajaan, Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin yakin bahawa rakyat mahu melihat parti keramat itu melaksan Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 17/05/2018 — Rakyat Mahu Lihat BN Jadi Pembangkang Berwibawa:- Khairy Jamaluddin

17/05/2018 — Rakyat Mahu Lihat BN Jadi Pembangkang Berwibawa:- Khairy Jamaluddin

perakbn Rakyat Mahu Lihat BN Jadi Pembangkang BerwibawaMeskipun ditolak untuk membentuk Kerajaan, Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin yakin bahawa rakyat mahu melihat parti keramat itu melaksanakan peranannya sebagai pihak pembangkang yang berwibawa.

Penolakan itu sekaligus tidak memperlihatkan bahawa BN dan UMNO untuk terus mengalah dan terkubur.

“BN walaupun ditolak, sekarang ini mesti mainkan peranan sebagai pembangkang yang berwibawa, inilah harapan dan kehendak rakyat. Mereka tidak mahu kita terus mati dan tenggelam dan lompat.

“Saya harap tidaklah ada usaha uutk mengharamkan UMNo walaupun ada cerita untuk mengharamkan UMNO. Rakyat mahu lihat UMNO sebagai satu pembangkang yang kuat, kalau diharamkan maka itu sendiri tidak menghormati kehendak rakyat.

“Ada ramai ingin lihat UMNO bangun kembali, orang yang tidak sokong kita pun nak lihat kepada satu persekitaran politik Malaysia yang mana ada persaingan yang sihat.

“Saya rasa tiada siapa ingin melihat kita dikuburkan, dalam konteks politik hari ini mereka (rakyat) ingin melihat UMNO dan BN sebagai pembangkang yang kuat,” katanya yang dipetik daripada satu temubual bersama media, baru-baru ini.

Khairy percaya bahawa kehadiran BN sebagai pembangkang akan mengimbangi politik negara dan seterusnya memastikan kepimpinan Kerajaan baharu ini mempamerkan kredibiliti.

Tambahnya lagi, BN akan berusaha untuk mengutarakan suara dan mesej rakyat disamping memastikan janji-janji yang dibuat oleh Kerajaan ditunaikan.

“Suara dan mesej rakyat menerusi PRU14 ini adalah ingin memaklumkan pada semua. Kerajaan mestilah dapat diimbangi dengan pembangkang yang berwibawa.

“Dalam tempoh (lima tahun) ini Barisan Nasional kena mainkan peranan untuk memastikan kebertanggungjawapan Kerajaan untuk pastikan Kerajaan sedia ada bertanggungjawab terhadap janji-janji mereka,” kata Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top