17/05/2018 — ‘Jangan Kecewa’ Mesej Buat Ahli UMNO:- DS Tajuddin Abdul Rahman Reviewed by Perak BN on . Ahli UMNO diminta untuk terus bangkit dan merapatkan barisan, seru Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman. Kekalahan yang dihadapi oleh UMNO Ahli UMNO diminta untuk terus bangkit dan merapatkan barisan, seru Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman. Kekalahan yang dihadapi oleh UMNO Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 17/05/2018 — ‘Jangan Kecewa’ Mesej Buat Ahli UMNO:- DS Tajuddin Abdul Rahman

17/05/2018 — ‘Jangan Kecewa’ Mesej Buat Ahli UMNO:- DS Tajuddin Abdul Rahman

perakbn Jangan Kecewa Mesej Buat Ahli UMNOAhli UMNO diminta untuk terus bangkit dan merapatkan barisan, seru Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman.

Kekalahan yang dihadapi oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bukanlah penamat kepada politik parti keramat itu malah tegasnya, dalam politik segalanya berkemungkinan.

“Ahli UMNO jangan sesekali kecewa dan putus asa. Ini satu ujian kepada kita. Esok masih ada. Cahaya sudah terlihat di hujung terowong.

“Pucuk pimpinan sedang mengatur gerak langkah strategi untuk menjaga ahli-ahli UMNO, kita tidak akan ‘jual’ atau tinggalkan ahli UMNO begitu sahaja. Perjuangan akan diteruskan,” katanya ketika ditemui pemberita di ibu negara, semalam.

Mesej tidak kecewa dan berputus asa yang dinyatakan oleh pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi itu perlu disampaikan oleh semua wakil rakyat dan ketua bahagian kepada ahli di akar umbi.

“Datuk Zahid berpesan kepada wakil-wakil rakyat, ketua bahagian dan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional supaya sampaikan mesej ini kepada ahli-ahli UMNO di akar umbi, jangan goyah,kita ada harapan lagi.

“Pucuk kepimpinan mencari jalan untuk pastikan UMNO terus hidup dan kembali kuat . Dalam politik segalanya berkemungkinan. Jadi jangan putus asa….kita sampaikan mesej-mesej ini dan yakin UMNO ini tidak mati dan akan terus hidup,” kata Datuk Seri Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak.

Dalam PRU14, beliau berjaya menewaskan calon PKR, Salihuddin Radin Sumadi dan calon PAS, Zafarulazhan Zan dengan majoriti 7,712 undi.

Sementara itu, ditanya mengenai tindakan ahli UMNO yang berpaling tadah, Datuk Seri Tajuddi menegaskan tindakan sedemikian sama sekali tidak menggugat kekuatan UMNO.

“Lompat parti…itu berapa (individ) sangat kita ada ahli lebih 3 juta ahli, biarlah mereka melompat it, ia tidak menggugat kekuatan UMNO. Yang penting ahli-ahli bersatu , kita beri keyakinan kepada ahli, kita tidak akan meninggalkan mereka , kita (barisan kepimpinan) sedang membuat sesuatu,” ujar beliau.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top