16/5/2018 — Katanya Hanya Sokong PH, Kini Sertai PPBM Reviewed by Perak BN on . Biarkan rakyat yang menilai tindakan wakil rakyat yang ‘mengkhianati’ parti, perkara itu pernah disuarakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dir Biarkan rakyat yang menilai tindakan wakil rakyat yang ‘mengkhianati’ parti, perkara itu pernah disuarakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dir Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 16/5/2018 — Katanya Hanya Sokong PH, Kini Sertai PPBM

16/5/2018 — Katanya Hanya Sokong PH, Kini Sertai PPBM

perakbn Katanya Hanya Sokong PH, Kini Sertai PPBMBiarkan rakyat yang menilai tindakan wakil rakyat yang ‘mengkhianati’ parti, perkara itu pernah disuarakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir ketika merujuk kepada tindakan dua ADUN BN yang menyatakan sokongan terhadap pembentukan Kerajaan Negeri oleh Pakatan Harapan (PH).

Menerusi kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Ahmad Faizal Azumu semalam, beliau mengesahkan penyertaan ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin ke PPBM.

“Saya selaku Pengerusi PPBM Perak ingin memaklumkan bahawa saya telah hadir ke satu majlis dihadiri ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin semalam (Rabu) di Hotel Kinta Riverfront.

“Kehadiran saya tidak lain hanya untuk menerima kemasukan beliau serta meraikan penyertaan yang lain sebagai tanda sokongan kepada PPBM peringkat negeri Perak,” katanya.

Pada Sabtu lepas Datuk Zainol Fadzi yang merupakan bekas exco kerajaan negeri memberitahu media bahawa beliau tidak beralih parti sebaliknya sekadar menyokong lantikan Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar.

“Keputusan saya ini bukan atas hasutan dipujuk, ada tawar menawar atau membabitkan permintaan itu dan ini sebaliknya atas kehendak saya sendiri,”katanya yang dipetikan daripada laporan media tempatan.

Seorang lagi bekas exco yang mengambil tindakan yang sama ialah ADUN Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi yang juga adik ipar Faizal Azumu yang mana beliau kini difahamkan telah keluar UMNO.

Sementara itu, PPBM menolak penyertaan bekas ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi untuk sertai parti itu yang mana, bekas ahli PKR itu dilabelkan sebagai pengkhianatan semasa krisis pembentukan Kerajaan Negeri oleh BN di Perak pada tahun 2009.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top