16/05/2018 — Tiada Perbincangan Isytihar Darurat:- Khairy Jamaluddin Reviewed by Perak BN on . Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan terhadap perbincangan untuk mengisytiharkan darurat susulan daripada peralihan kuasa Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan terhadap perbincangan untuk mengisytiharkan darurat susulan daripada peralihan kuasa Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 16/05/2018 — Tiada Perbincangan Isytihar Darurat:- Khairy Jamaluddin

16/05/2018 — Tiada Perbincangan Isytihar Darurat:- Khairy Jamaluddin

perakbn Tiada Perbincangan Isytihar DaruratPengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan terhadap perbincangan untuk mengisytiharkan darurat susulan daripada peralihan kuasa.

Tegasnya bahawa pertemuan bersama Pengerusi parti ketika itu, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Abdul Razak di kediaman peribadinya pada pada malam pilihan raya umum lalu hanyalah membincangkan perihal akan penerimaan keputusan yang dibuat oleh rakyat.

“ Option tersebut (isytihar darurat) tidak pernah dibincangkan iaitu isytihar darurat malah tidak terlintas dalam kalangan kami pucuk Barisan Nasional yang ada di kediaman Datuk Najib.

“Perbincangannya kita harus terima (keputusan) dan minta esok hari diadakan sidang akhbar dibuat memaklumkan kita terima kekalahan tersebut dan seterusnya menyerahkan pembentukan Kerajaan kepada Yang Dipetua Agong,” jelas Khairy dalam satu temubualnya yang dimuat naik oleh media tempatan, hari ini.

Beliau turut mengakui keputusan PRU14 ini sememangnya sesuatu yang amat memeranjatkan dan tidak disangka sama sekali.

Di awal temubualnya, Khairy berkata BN meletakkan keyakinan kepada pengundi tegar dan ‘simpanan’ untuk terus menyokong parti itu dan sama sekali tidak yakin akan berlaku tsunami rakyat.

“Sepanjnag kempen saya nampak biasa, dinginnya adalah sikiti tapi kita tidak merumus kepada kehilangan kuasa, munkgin majoriti kurang kepada 120 di parlimen tetapi tidak pernah terlintas terima penolakan yang sangat-sangat dasyat.

“Semasa hari pembuangan undi, saya kesan ada penolakan daripada pengundi segan. Di kawasan saya sendiri dia (pengundi) tidak tolak saya tetapi maaf (pengundi) kata kali ini kita (pengundi) tidak boleh sokong sebab isu-isu tertetntu.

“Ini kesilapan besar kita dan kesilapan ini saya akan ingat selama-lamanya. Sepatutnya kita dah baca tanda-tanda awal lagi dan ini satu kegagalan semua pihak dalam UMNO dan BN,” ujar beliau.

Pada PRU14, selain hilang kuasa di peringkat Persekutuan, BN hanya berjaya mengekalkan kuasa dan pentadbiran di dua buah negeri iaitu Pahang dan Perlis selain Sarawak yang telah mengadakan pilihan raya negeri lalu lalu.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top