16/05/2018 — Mansuh GST Mungkin Lebih Daripada 100 Hari:- TS Zeti Akhtar Aziz Reviewed by Perak BN on . Manifesto Pakatan Harapan untuk memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam tempoh 100 hari pentadbirannya mungkin tidak dapat dicapai. Ahli Majlis Pe Manifesto Pakatan Harapan untuk memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam tempoh 100 hari pentadbirannya mungkin tidak dapat dicapai. Ahli Majlis Pe Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 16/05/2018 — Mansuh GST Mungkin Lebih Daripada 100 Hari:- TS Zeti Akhtar Aziz

16/05/2018 — Mansuh GST Mungkin Lebih Daripada 100 Hari:- TS Zeti Akhtar Aziz

perakbn Mansuh GST Mungkin Lebih Daripada 100 HariManifesto Pakatan Harapan untuk memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam tempoh 100 hari pentadbirannya mungkin tidak dapat dicapai.

Ahli Majlis Penasihat Kerajaan yang juga bekas gabenor Bank Negara, Tan Dri Zeti Akhtar Aziz berkata beliau menjangkakan pemansuhan itu akan mengambil masa lebih lama.

“Kami akan membuat pengumuman dalam masa 100 hari…orang ramai akan mengetahui apa yang akan dilakukan dan kaedah yang akan digunakan.

“Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berulang kali berkata kita perlu mengikut undang-undang sedia ada, kita tidak akan menyimpang daripada mana-mana peraturan ini dan proses yang perlu dilalui untuk perubahan seumpama ini, “ katanya yang dipetik daripada laporan media tempatan, semalam.

Kata Tan Sri Zeti, pihak turut akur akan janji yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan terhadap rakyat untuk memansuhkan GST dan ia adalah suatu perkara yang dimuktamadkan.

Sehubungan dengan itu, ahli majlis penasihat kini dalam kajian untuk mengenal pasti kaedah menyeluruh dalam usaha menambah kuasa beli rakyat berbanding pendekatan sedikit demi sedikit.

Pelaksanaan GST telah diperkenalkan pada 1 April 2015 bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Menjawab kepada soalan rating Malaysia merosot jika GST dimansuhkan, Tan Sri Zeti berkata pemansuhan tersebut dibuat mengikut keadaan ekonomi negara.

“Selagi kedudukan fiskal kita semakin baik, dan kita memang sedang usahakannya. Apabila ia bertambah baik, saya yakin kita akan mendapat rating yang lebih baik,” katanya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top