16/05/2018 — Berani Bersuara Demi Pulihkan BN Dan UMNO:- Khairy Jamaluddin Reviewed by Perak BN on . Pemulihan parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak hanya semata-mata dengan pengunduran Presiden dan Pengerusinya, namun satu perubahan secara menyeluruh perl Pemulihan parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak hanya semata-mata dengan pengunduran Presiden dan Pengerusinya, namun satu perubahan secara menyeluruh perl Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 16/05/2018 — Berani Bersuara Demi Pulihkan BN Dan UMNO:- Khairy Jamaluddin

16/05/2018 — Berani Bersuara Demi Pulihkan BN Dan UMNO:- Khairy Jamaluddin

perakbn Berani Bersuara Demi Pulihkan BN Dan UMNOPemulihan parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak hanya semata-mata dengan pengunduran Presiden dan Pengerusinya, namun satu perubahan secara menyeluruh perlu dilakukan.

Bercakap dalam satu temubual di media tempatan, Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata perkara utama yang perlu diambil perhatian adalah mengenai keterbukaan bersuara dan keberanian menegur pemimpin.

“Ini pengajaran kita dalam UMNO dan BN bahawa selepas ini kita perlu berani tegur presiden, pemimpin dan kita jangan simpan suara sebenar rakyat daripada pemimpin, jangan nak jaga hati pemimpin sangat.

“Jangan terus jadi parti yang memberi sokonagn membuta tuli kepada pemimpin, perlu ambil pengajaran daripada ini (PRU14) untuk membina semula UMNO.

“Kalau kita masih terus dengan budaya mengampu dan tidak berani bercakap, termasuk saya, saya pun melakukan kesilapan, UMNO tidak akan dipulihkan,” kata Ketua Pemuda UMNO itu.

Selama tempoh 61 tahun, BN teguh mentadbir dan menguasai politik negara sehinggalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini memihak kepada Pakatan Harapan.

Dalam hal ini, Khairy yang berjaya mengekalkan kerusi parlimen di Rembau mahu ahli parti mengambil hikmah daripada segala yang berlaku dan menerima tanggungjawab secara lebih kolektif.

“ Walaupun kita dalam keadaan tenat, ada hikmah yang boleh kita guna dengan apa yang berlaku .

“Keduanya, kita kena terima tangungjawab secara kolektif jangan kita ingat dengan pengunduran Datuk Najib (Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Abdul Razak) dengan adanya kepimpinan baharu, dengan itu semata-mata akan memulihkan UMNO akan pulih.

“Jangan buat kesilapan pada tahun 2008, kita turunkan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan naik Najib tanpa buat membuat perubahan menyeluruh.

“Apabila kita terima tanggungjawab kolektif , barulah kita mampu buat perubahan menyeluruh iaitu pada sistem kita, gerak kerja, struktur dan mungkin pada entiti UMNO itu sendiri,” ujat Khairy lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top