13/05/2018 — Memulih Dan Kembalikan Sokongan Rakyat :- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi Reviewed by Perak BN on . Tugas sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang dipikul oleh Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi disifatkan satu tanggungjawab baharu u Tugas sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang dipikul oleh Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi disifatkan satu tanggungjawab baharu u Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 13/05/2018 — Memulih Dan Kembalikan Sokongan Rakyat :- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi

13/05/2018 — Memulih Dan Kembalikan Sokongan Rakyat :- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi

perakbn Memulih Dan Kembalikan Sokongan RakyatTugas sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang dipikul oleh Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi disifatkan satu tanggungjawab baharu untuk memastikan parti memperoleh semula sokongan rakyat.

Menerusi kenyataannya di Twitter, malam tadi, beliau menzahirkan penghargaan kepada Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Abdul Razak sepanjang memimpin parti sejak 2008.

“Jutaan terima kasih kepada DS @NajibRazak atas sumbangan kepada UMNO dan Barisan Nasional selama ini. Saya akan memikul amanah yang diberikan bersama DS Hishammuddin @HishammuddinH2O untuk memulihkan parti dan mengembalikan sokongan rakyat kepada #UMNO dan @BarisaNasional,” demikian tweet beliau.

Pada sidang media khas malam tadi, Datuk Seri Diraja Mohd Najib yang juga bekas perdana menteri, mengumumkan perletakkan jawatan tertinggi dalam parti selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 tidak memihak kepada BN.

Oleh yang demikian jawatan dan tugas itu diserahkan kepada Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid yang merupakan Timbalan Pengerusi BN serta Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden.

“Saya berterima kasih kepada semua ahli UMNO sejak saya mengambil jawatan dan yakin jasa UMNO dan BN besar kepada negara kita,” kata Datuk Seri Diraja Mohd Najib kepada pemberita.

Tedahulu beliau menghadiri mesyuarat Biro Politik UMNO yang mana keputusan tersebut dibuat hasil daripada perbincangan pada mesyuarat berkenaan.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn di Twitternya berkata amanah yang diberikan itu akan dipikul bagi membantu parti mendapatkan keyakinan rakyat.

“Saya menerima dengan penuh rasa insaf dan tanggungjawab terhadap amanah yang diberikan untuk terus memimpin UMNO dan akan sedaya upaya membantu DS @Zahid_Hamidi dalam misi memulihkan keyakinan ahli dan rakyat terhadap UMNO,” katanya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top