13/05/2018 — Kerajaan PH Mengikut Perkara XVI (2) (a),Undang-Undang Tubuh:- Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah Reviewed by Perak BN on . Pelantikan dan perkenan pembentukan Kerajaan Negeri oleh Pakatan Harapan dibuat berlandaskan kepada Perkara XVI (2) (a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Pelantikan dan perkenan pembentukan Kerajaan Negeri oleh Pakatan Harapan dibuat berlandaskan kepada Perkara XVI (2) (a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 13/05/2018 — Kerajaan PH Mengikut Perkara XVI (2) (a),Undang-Undang Tubuh:- Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah

13/05/2018 — Kerajaan PH Mengikut Perkara XVI (2) (a),Undang-Undang Tubuh:- Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah

perakbn Kerajaan PH Mengikut Perkara XVI (2) (a)Undang Undang TubuhPelantikan dan perkenan pembentukan Kerajaan Negeri oleh Pakatan Harapan dibuat berlandaskan kepada Perkara XVI (2) (a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, Bahagian Pertama.

Demikian titah Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah semasa berlangsungnya istiadat mengangkat sumpah Menteri Besar Perak yang baharu, pada semalam di Kuala Kangsar.

Perkara tersebut mengatakan bahawa baginda hendaklah mula-mula sekali melantik sebagai Menteri Besar pada mengetuakan Majlis Mesyuarat Kerajaan itu seorang ahli Dewan Negeri yang pada timbangannya boleh mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Negeri itu.

“Berpandukan PKR memenangi kerusi terbanyak, Beta telah menitahkan Ketua PKR Negeri Perak menghadap Beta, pada 10 Mei 2018, memberikan PKR opsyen pertama, untuk menubuhkan Kerajaan, dan bertanya sama ada PKR menguasai cukup bilangan kerusi untuk membentuk Kerajaan.

“Beta disembah maklumkan bahawa PKR kekurangan satu kerusi daripada mempunyai majoriti mudah. Beta kemudiannya menitahkan Ketua Barisan Nasional Negeri Perak menghadap Beta, bertanyakan sama ada Barisan Nasional memiliki majoriti mudah untuk menubuhkan Kerajaan. Kedua-dua ketua parti, menyembah maklumkan kepada Beta, mereka tidak mempunyai majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan dan meminta tempoh.

“Pada jam 12.00 tengah hari 12 Mei 2018, Ketua PKR Negeri Perak, Encik Ahmad Faizal Azumu, bersama 30 ahli Dewan Negeri Perak telah menghadap Beta, membuktikan PKR memiliki majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan,” demikian jelas baginda.

Atas pelantikan itu, Sultan Dr Nazrin menzahirkan ucapan tahniah kepada Ahmad Faizal yang juga ADUN Chederiang sebagai Menteri Besar dan sekaligus mengingatkan akan amanah yang dipikul.

“Beta juga mengucapkan tahniah kepada semua calon daripada semua parti yang telah berjaya mendapat kepercayaan rakyat, dipilih menjadi ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.

“Setiap seorang calon yang dianugerahkan kejayaan dan mendapat kepercayaan rakyat, mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan amanah yang wajib dipenuhi,” titahnya.

Keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu mencatatkan daripada 59 kerusi DUN Perak, 29 kerusi dimenangi oleh PKR iaitu gabungan empat parti Amanah, PPBM, DAP dan PKR, manakala Barisan Nasional (BN ) mempertahankan 27 kerusi dam PAS, tiga kerusi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top