13/05/2018 — Hargai Kepercayaan Rakyat, Laksana Amanah:- Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah Reviewed by Perak BN on . Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan kepada kepimpinan baharu Kerajaan Negeri Perak agar menghargai kepercyaan rakyat dan melaksanakan tang Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan kepada kepimpinan baharu Kerajaan Negeri Perak agar menghargai kepercyaan rakyat dan melaksanakan tang Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 13/05/2018 — Hargai Kepercayaan Rakyat, Laksana Amanah:- Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah

13/05/2018 — Hargai Kepercayaan Rakyat, Laksana Amanah:- Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah

perakbn Hargai Kepercayaan Rakyat Laksana AmanahSultan Perak, Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan kepada kepimpinan baharu Kerajaan Negeri Perak agar menghargai kepercyaan rakyat dan melaksanakan tanggungjawab serta amanah penuh dengan integriti.

“Pilihan Raya telah selesai. Cabaran utama pasca Pilihan Raya adalah untuk kembali menyatukan warga dalam semangat biduk berlalu, kiambang bertaut. Jauhilah daripada sifat yang menang, menang semua; sementara yang kalah, kalah semua.

“Amalkan sifat yang senantiasa bersedia mendengar suara rakyat dengan minda terbuka, serta bersedia mengaku kesilapan dan bersedia membetulkan kesilapan,” titah baginda semasa istiadat mengangkat sumpah Menteri Besar Perak yang baharu, Ahmad Faizal Amuzu di Kuala Kangsar, petang semalam.

Sultan Dr Nazrin yang perkenan dengan lantikan itu berlandaskan kepada sokongan majoriti yang dimiliki Pakatan Harapan dalam membentuk kerajaan mahu agar kerajaan tersebut berusaha membangunkan Negeri Perak sebagai sebuah negeri yang sejahtera dan mendapat keampunan Ilahi.

“Daripada perspektif Islam, politik tidak terbatas kepada urusan pemerintahan, tetapi turut berperanan penting dalam urusan-urusan pendidikan, kerohanian, membangkitkan kesedaran, menyemai kefahaman insan, serta penyebaran nilai dan prinsip.

“Islam menganjurkan untuk mencapai matlamat-matlamat berkaitan secara aman, secara nasihat yang ikhlas, secara pujukan dan secara kepimpinan melalui teladan. Islam menganjurkan politik yang memandu insan melakukan kebaikan dan menahan diri daripada melakukan keburukan, ia itu, amar makruf – nahi mungkar,”demikian titah baginda.

Pakatan Harapan memperoleh 32 sokongan untuk membentuk kerajaan selepas hanya memiliki 29 kerusi DUN pada keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Turut kelihatan pada istiadat mengangkat sumpah ini ialah bekas menteri besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir serta Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top