12/05/2018 — PH Bentuk Kerajaan Negeri, Peroleh 31 Kerusi:- Ahmad Faizal Azumu Reviewed by Perak BN on . Memperoleh 31 kerusi untuk membentuk Kerajaan, Pakatan Harapan yang bertanding atas tiket PKR pada pilihan raya lalu akan mentadbir negeri Perak. Pengerusi Paka Memperoleh 31 kerusi untuk membentuk Kerajaan, Pakatan Harapan yang bertanding atas tiket PKR pada pilihan raya lalu akan mentadbir negeri Perak. Pengerusi Paka Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 12/05/2018 — PH Bentuk Kerajaan Negeri, Peroleh 31 Kerusi:- Ahmad Faizal Azumu

12/05/2018 — PH Bentuk Kerajaan Negeri, Peroleh 31 Kerusi:- Ahmad Faizal Azumu

perakbn PH Bentuk Kerajaan Negeri Peroleh 31 KerusiMemperoleh 31 kerusi untuk membentuk Kerajaan, Pakatan Harapan yang bertanding atas tiket PKR pada pilihan raya lalu akan mentadbir negeri Perak.

Pengerusi Pakatan Harapan negeri, Ahmad Faizal Azumu berkata, sokongan daripada dua kerusi itu diperoleh menerusi komitmen yang dinyatakan oleh dua ADUN daripada Barisan Nasional (BN).

“Pakatan Harapan telah berjaya mendapatkan kerusi yang cukup untuk tubuh kerajaan dan Insyallah kita akan tubuh Kerajaan dalam masa terdekat.

“Kita mendapat sokongan daripada ADUN Barisan Nasional yang menjadikan 31 kerusi dan kita jangka akan bertambah (bilangan sokongan),” katanya semasa ditemui pemberita di luar perkarangan istana kinta di Ipoh, hari ini.

Terdahulu beliau menghadap Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah bagi menyembah maklum akan sokongan yang diperoleh iaitu sekurang-kurangnya sokongan majoriti mudah dengan 30 kerusi.

Ditanya lanjut mengenai sokongan yang diterima, Ahmad Faizal yang juga ADUN Chendering menolak untuk memaklumkan siapa ADUN BN yang membuat sokongan itu.

“Adakah dia daripada wanita? (soal wartawan).

“Kalau dia tidak wanita dia adalah lelaki,” demikian jawab Ahmad Faizal.

Sehubungan dengan itu, Pakatan Harapan akan mengumumkan individu yang akan dilantik sebagai Menteri Besar selepas diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan.

#pilihanmalaysia

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top