12/05/2018 — PH Bentuk Kerajaan, BN Terbuka Terima:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Barisan Nasional (BN) negeri menyambut baik pembentukan Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Pakatan Harapan selepas mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum k Barisan Nasional (BN) negeri menyambut baik pembentukan Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Pakatan Harapan selepas mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum k Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 12/05/2018 — PH Bentuk Kerajaan, BN Terbuka Terima:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

12/05/2018 — PH Bentuk Kerajaan, BN Terbuka Terima:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn PH Bentuk Kerajaan BN Terbuka TerimaBarisan Nasional (BN) negeri menyambut baik pembentukan Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Pakatan Harapan selepas mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi BN negeri yang juga bekas Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir menyatakan rasa peduli akan pembentukan Kerajaan Negeri selepas mendapati tiada parti yang memperoleh kemenangan majoriti mudah yang mana 29 kerusi dimiliki PKR, 27 BN dan tiga daripada PAS.

“Dalam tempoh tiga hari selepas mengundi, BN ambil pendirian terbuka berhubung soal pembentukan kerajaan negeri demi memastikan wujud kestabilan di Perak.

“Barisan Nasional sentiasa memastikan proses pembentukan mengikut lunas yang ditetapkan mengikut undang-undang tubuh negeri dan dipekenan Sultan Perak.

“Yang paling penting kita lihat dari segi kemungkinan dan di Perak ini mesti berjalan sebuah Kerajaan, saya perlu mengambil kira, memandangkan saya sebagai bekas menteri besar, saya perlu ambil kira bagaimanana pentadbiran sebuah kerajaan diwujudkan. Tidak boleh biarkan Kerajaan Negeri tergantung,” katanya semasa ditemui pemberita di Ipoh, hari ini.

Semalam, BN dikatakan menyembah maklum kepada pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak akan sokongan yang dimiliki BN iaitu 30 keruai untuk membentuk Kerajaan.

Bagaimanapun, pagi tadi dimaklumkan dua ADUN BN berpaling tadah dengan menyokong pembentukan Kerajaan Negeri oleh pihak Pakatan Harapan.

“Barisan Nasional yang mempunyai 27 kerusi DUN hampir membolehkan kami membentuk Kerajaan Negeri, bagaimanapun menerima dengan hati yang terbuka apa keputusan yang dibuat oleh rakyat.

“Setelah dua BN beri sokongan mereka kepada PKR untuk bentuk kerajaan baharu. Para pengundi yang memilih Barisan Nasional pada pilihan raya kali ini setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jentera parti atas pengorbanan anda semua.

“Kita perlu bangkit, jika ada kelemahan kita akan perbaiki, jika ada kesilapan kita bermuhasabah dan betulkan. Apa yang penting kita teruskan khidmat bakti kepada rakyat dan negeri,” ujar Datuk Seri Diraja Dr Zambry.

BN yang kini berperanan sebagai pihak pembangkang, kata beliau akan melaksanakan tanggungjawab sewajarnya.

“Kita mahu menjadi pembangkang yang bertanggungjawab, jalankan tugas wakil rakyat,” kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry.

#pilihanmalaysia

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top