12/05/2018 — Alih Sokongan, Hormat Keputusan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Tindakan dua ADUN Barisan Nasional (BN) yang beralih sokongan kepada pihak lawan dibuat tanpa pengetahuan pucuk kepimpinan utama parti negeri. Perkara itu disah Tindakan dua ADUN Barisan Nasional (BN) yang beralih sokongan kepada pihak lawan dibuat tanpa pengetahuan pucuk kepimpinan utama parti negeri. Perkara itu disah Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 12/05/2018 — Alih Sokongan, Hormat Keputusan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

12/05/2018 — Alih Sokongan, Hormat Keputusan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Alih Sokongan, Hormat KeputusanTindakan dua ADUN Barisan Nasional (BN) yang beralih sokongan kepada pihak lawan dibuat tanpa pengetahuan pucuk kepimpinan utama parti negeri.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir yang turut terkejut akan tindakan yang diambil oleh mereka yang berkenaan.

“Itu keputusan mereka, ambil tindakan tidak guna. Mereka tidak maklumkan, tapi tidak apa, kita menghormati (keputusan mereka) yang paling penting adalah bila sesebuah parti cukup membentuk kerajaan, kita hormatilah.

“Soal mereka ada prinsip atau tidak biarlah rakyat buat penilaian.

“Saya tidak dimaklumkan awal dan tentunya kita terkejut,” jelas beliau semasa ditemui pemberita di Ipoh, hari ini.

Berikutan peralihan sokongan itu, Pakatan Harapan yang bertanding atas tiket PKR memperoleh sokongan 31 kerusi daripada 29 kerusi yang dimiliki dan seterusnya membolehkan mereka membentuk Kerajaan Negeri.

Setakat ini, tiada maklumat rasmi mengenai siapa ADUN BN yang berpaling tadah beralih ke pihak lawan.

Sementara itu, Datuk Seri Diraja Dr Zambry yang juga ADUN Pangkor terus menzahirkan sikap positif yang mana mahu setiap wakil rakyat BN untuk terus fokus dalam memberikan khidmat bakti kepada rakyat dikawasan yang dimenangi.

“Saya mewakili Barisan Nasional menjanjikan wakil-wakil rakyat kami di dewan negeri akan melaksnakan peranan yang membina demi sebuah negeri yang aman dan berjaya. Kepada seluruh rakyat negeri Perak marilah kita pastikan keamanan, kestabilan dan keharmonian negeri Perak terus terpelihara.

“Kepada kerajaan baharu yang dibentuk selamat maju jaya,” demikan katanya.

#pilihanmalaysia

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top