11/05/2018 — Tubuh Kerajaan, Penuhi Syarat 30 Kerusi:- Datuk Seri Annuar Zaini Reviewed by Perak BN on . Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan akan syarat bagi pembentukan Kerajaan Negeri Perak adalah dengan mendapatkan sokongan majoriti mudah i Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan akan syarat bagi pembentukan Kerajaan Negeri Perak adalah dengan mendapatkan sokongan majoriti mudah i Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 11/05/2018 — Tubuh Kerajaan, Penuhi Syarat 30 Kerusi:- Datuk Seri Annuar Zaini

11/05/2018 — Tubuh Kerajaan, Penuhi Syarat 30 Kerusi:- Datuk Seri Annuar Zaini

perakbn Tubuh Kerajaan Penuhi Syarat 30 KerusiSultan Perak, Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan akan syarat bagi pembentukan Kerajaan Negeri Perak adalah dengan mendapatkan sokongan majoriti mudah iaitu 30 kerusi.

Perkara itu disampaikan menerusi Ahli Dewan Negara negeri, Datuk Seri Annuar Zaini selepas baginda pekenan menerima kunjungan daripada empat wakil rakyat utama daripada Pakatan Harapan (PH) pada pukul 3.30 petang tadi di Istana Kinta, Ipoh.

“Tuanku memaklumkan kepada wakil-wakil daripada empat parti itu, oleh kerana Pakatan Harapan mengikut laporan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kerusi terbanyak 29, jadi Duli Yang Maha Mulia menjemput mereka sebagai pilihan pertama untuk menubuhkan kerajaan dengan syarat mempunyai ‘simple majority’ (majoriti mudah) 30 kerusi,” katanya ketika ditemui pemberita di luar perkarangan istana selepas tamat sesi pertemuan berkenaan.

Difahamkan, empat pemimpin yang juga wakil rakyat PH yang menghadap Sultan Dr Nazrin ialah Pengerusi PH negeri, Ahmad Faizal Azumu, Penasihat dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming serta Pengerusi Parti Amanah Negara, negeri, Asmuwi Awi.

Susulan daripada itu, Datuk Seri Annuar memberitahu bahawa pihak Pakatan Harapan meminta tempoh untuk mengemukakan sokongan 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada esok, sehingga pukul 2 petang.

“Sekiranya Pakatan Harapan tidak dapat buktikan mereka tiada ‘simple majoriti’ jadi Duli Yang Maha Mulia tidak boleh tangguh lama (dan akan) menubuhkan Kerajaan, Insyallah pada esok petang, tetapi jika Pakatan Harapan dapat buktikan mereka mempunyai 30 kerusi, jadi Duli Yang Maha Mulia akan melihat semula dan pertimbangkan. Tempoh yang dipohon oleh Pakatan Harapan (buktikan sokongan majoriti mudah) adalah sehingga 2 petang esok.

“Jadi itulah yang hendak dimaklumkan atas titah pekenan Sultan untuk pastikan laporan tepat disampaikan,” jelas Datuk Seri Annuar.

Perak mempunyai 59 kerusi DUN secara keseluruhannya dan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) keputusan rasmi adalah 29 daripada dimiliki Pakatan Harapan dengan menggunakan nama PKR semasa pilihan raya, diikuti kerusi Barisan Nasional (BN) dengan 27 kerusi serta PAS, tiga kerusi.

Berikutan daripada itu, Datuk Seri Annuar berkata Pakatan Harapan merupakan pilihan pertama dalam pembentukkan Kerajaan Negeri namun ia tertakluk kepada syarat untuk mendapatkan sokongan majoriti mudah, 30 kerusi.

“Sultan menawarkan kepada Pakatan Harapan sebagai pilihan pertama (tubuh Kerajaan) kerana mereka mendapat sokongan paling besar iaitu 29 kerusi. Tapi mereka perlu buktikan bahawa mereka boleh dapat sokongan 30 kerusi.

“Sultan bertindak sedemikian adalah berpandukan kepada perlembagaan negeri,” katanya lagi.

#pilihanmalaysia

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top