11/05/2018 — BN Peroleh Sokongan, Bentuk Kerajaan Negeri:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir memaklumkan pihaknya mendapat sokongan daripada ahli-ahli Dewan Undangan Negeri ba Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir memaklumkan pihaknya mendapat sokongan daripada ahli-ahli Dewan Undangan Negeri ba Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 11/05/2018 — BN Peroleh Sokongan, Bentuk Kerajaan Negeri:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

11/05/2018 — BN Peroleh Sokongan, Bentuk Kerajaan Negeri:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn BN Peroleh Sokongan Bentuk Kerajaan NegeriPengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir memaklumkan pihaknya mendapat sokongan daripada ahli-ahli Dewan Undangan Negeri bagi membentuk Kerajaan.

Beliau dalam satu kenyataan pada malam tadi berkata berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14, tiada parti yang memperoleh jumlah kerusi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri ketika ini.

Daripada keseluruhan DUN di Perak, 27 kerusi diwakili oleh wakil rakyat BN, 29 daripada PKR dan tiga kerusi dimiliki PAS.

“Sukacita dimaklumkan, Barisan Nasional telah mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi bagi membentuk kerajaan negeri Perak.

“Justeru saya akan memohon untuk mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah bagi menyembah maklum mengenai kedudukan terkini serta mendapatkan perkenan baginda untuk membolehkan kerajaan negeri bagi Penggal ke-14 dibentuk sesuai dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak,” kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan secara lanjut mengena kerusi yang diperolehi BN bagi parti itu membentuk kerajaan negeri.

Sementara itu, PAS Perak memberitahu ada membuat pertemuan tidak rasmi dengan BN dan pihak PKR bagi membincang akan soal berkenaan.

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Majlis Syura Ulamak untuk membincangkan syarat dalam kerjasama pembentukan kerajaan negeri Perak.

Antara syarat kerjasama yang diletakkan termasuk tidak menghalang perjuangan PAS dalam Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.

#pilihanmalaysia

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top