26/04/2018 — # fake news Audio Viral Perbelanjaan Isteri PM, Berita Palsu:- Kementerian Kewangan Reviewed by Perak BN on . Kementerian Kewangan membuat penafian terhadap isu yang tersebar melibatkan perbelanjaan oleh isteri perdana menteri, Datin Seri Diraja Rosmah Mansor. Dalam sat Kementerian Kewangan membuat penafian terhadap isu yang tersebar melibatkan perbelanjaan oleh isteri perdana menteri, Datin Seri Diraja Rosmah Mansor. Dalam sat Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 26/04/2018 — # fake news Audio Viral Perbelanjaan Isteri PM, Berita Palsu:- Kementerian Kewangan

26/04/2018 — # fake news Audio Viral Perbelanjaan Isteri PM, Berita Palsu:- Kementerian Kewangan

perakbn #fake news Audio Viral Perbelanjaan Isteri PM Berita Palsu Kementerian KewanganKementerian Kewangan membuat penafian terhadap isu yang tersebar melibatkan perbelanjaan oleh isteri perdana menteri, Datin Seri Diraja Rosmah Mansor.

Dalam satu kenyataan hari ini, pihak kementerian telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung berita palsu yang viral menerusi aplikasi Whats App.

“Kementerian Kewangan menafikan berhubung maklumat berbentuk audio yang tersebar melalui media sosial mengenai perbelanjaan Kerajaan yang melibatkan isteri YAB Perdana Menteri.

“Maklumat itu adalah palsu atau ‘fake news’ yang tidak berasas serta berniat jahat untuk mengaitkan Kementerian Kewangan sebagai rujukan,” jelasnya.

Audio berdurasi 1 minit 45 saat itu antaranya mendakwa jumlah perbelajaan untuk pembelian kek oleh Datin Seri Diraja Rosmah bernilai ribuan ringgit.

Rakaman bersuara lelaki itu mengakui mempunyai kenalan dengan kakitangan awam di kementerian kewangan dan mendapat maklumat-maklumat perbelanjaan daripada kenalannya itu.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top