16/04/2018 — Kes Bunuh Gerik, Seorang Suspek Mengaku Bersalah:- SAC Yahya Abd Rahman Reviewed by Perak BN on . Polis menahan tiga suspek utama dalam kes melibatkan bunuh seorang lelaki, di Gerik pada 7 April lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC Yahya Abd Rahma Polis menahan tiga suspek utama dalam kes melibatkan bunuh seorang lelaki, di Gerik pada 7 April lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC Yahya Abd Rahma Rating: 0
You Are Here: Home » General » 16/04/2018 — Kes Bunuh Gerik, Seorang Suspek Mengaku Bersalah:- SAC Yahya Abd Rahman

16/04/2018 — Kes Bunuh Gerik, Seorang Suspek Mengaku Bersalah:- SAC Yahya Abd Rahman

perakbn Kes Bunuh Gerik Seorang Suspek Mengaku Bersalah SACPolis menahan tiga suspek utama dalam kes melibatkan bunuh seorang lelaki, di Gerik pada 7 April lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC Yahya Abd Rahman berkata hasil siasatan lanjut, seorang daripada suspek mengakui menembak mangsa dan seterusnya membawa pihak polis ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan polis telah berjaya merampas sepucuk pistol jenis Colts Convenent dan 35 butir peluru dalam serbuan yang berasingan di rumah ibu suspek di Kampung Jong, Gerik.

“Dengan tertangkapnya 3 suspek dan rampasan yang dibaut, pihak polis Kontijen Perak telah berjaya menyelesaikan kes bunuh ini dalam tempoh yang singkat,” katany menerusi satu kenytaan pada Isnin.

Sehubungan dengan itu, kertas siasatan kes dirujuk kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

Jelas SAC Yahya, motif kejadian bunuh ini dikaitkan dengan masalah peribadi antara mangsa dan suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pada 8 April lepas, SAC Yahya mengesahkan mayat seorang lelaki berumur 38 tahun yang lengkap berpakaian ditemukan dengan kesan tembakan di bahagian kepala, dada dan perut di kawasan Ladang Sungai Rui, Ban Pasir, Jalan Gerik-Kupang, Gerik.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top