26/04/2018 — 46,000 Pemilik Rumah Bertingkat Bakal Terima Hak Milik Strata:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Dalam tempoh dua tahun iaitu mulai tahun 2016, Kerajaan Negeri berjaya menyelesaikan status pemberian hak milik strata kepada 28,000 pemilik rumah bertingkat di Dalam tempoh dua tahun iaitu mulai tahun 2016, Kerajaan Negeri berjaya menyelesaikan status pemberian hak milik strata kepada 28,000 pemilik rumah bertingkat di Rating: 0
You Are Here: Home » General » 26/04/2018 — 46,000 Pemilik Rumah Bertingkat Bakal Terima Hak Milik Strata:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

26/04/2018 — 46,000 Pemilik Rumah Bertingkat Bakal Terima Hak Milik Strata:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn 46,000 Pemilik Rumah Bertingkat Bakal Terima Hak Milik StrataDalam tempoh dua tahun iaitu mulai tahun 2016, Kerajaan Negeri berjaya menyelesaikan status pemberian hak milik strata kepada 28,000 pemilik rumah bertingkat di seluruh negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkata jumlah itu adalah daripada jumlah keseluruhan yang direkodkan di Perak iaitu kira-kira 48,000 penghuni rumah bertingkat pelbagai kategori seperti pangsapuri dan apartment.

“Hasil perbincangan di peringkat Persekutuan, pemilik rumah bertingkat ini diberi hak milik kerana kita dapati berlaku banyak masalah seperti bagaimana pewaris kepada pemilik rumah yang sudah meninggal dunia untuk memindah milik dan masalah pengurusan berkaitan bil air dan elektrik.

“Secara langsung dan tidak langsung, kita buat pemberian hak milik strata secara berperingkat. Kita mempunyai sekurang-kurangnya 46 000 pemilik kediaman bertingkat ini di seluruh negeri dan sehingga kini sudah menyelesaikan 28 000 hak milik starta,” jelas beliau.

Pada peringkat ini, fokus pemberian hak milik strata ini melibatkan kediaman yang dibina mulai tahun 2007 dan sebelumnya.

Justeru, Datuk Seri Diraja Dr Zambry yakin, keseluruhan daripada jumlah yang direkodkan mampu diselesaikan dalam tempoh beberapa tahun ini.

“Dalam masa dua tahun ini banyak kita selesaikan dan harap beberapa tahun ini dapat selesaikan semunya. Kalau tempoh dua tahun ni kita dapat selesaikan 28 000 ini menunjukkan tahap kecekapan yang dibuta pejabat tanah, pejabat daerah, majlis perbandaran, dan majlis daerah di seluruh negeri Perak,” katanya.

Terdahulu beliau merasmikan majlis penyampaian Hak Milik Strata Kepada Pemaju dan Badan Pengurusan Bersama (JMB) Daerah Manjung 2018 di Apartment Bukit Permata di Lumut, pada Rabu.

Pada majlis itu, Datuk Seri Diraja Dr Zambry menyerahkan hak milik strata kepada tujuh JMB daripada enam pangsapuri yang melibatkan 1,171 unit rumah di kawasan sekitar Manjung.

“Kita berharap pemaju yang nak buat rumah bertingkat ini perlu ambil perhatian seperti yang saya sebutkan bagi kurangkan masalah mereka yang membeli rumah tersebut,” katanya lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top