23/04/2018 — ‘Rock Melon’ Tempatan Selamat Dimakan:- Fatimie Mohd Fauzi Reviewed by Perak BN on . Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengesahkan bahawa tanaman buah 'rock melon' di kawasan seliaannya berada pada tahap yang baik. Timbalan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengesahkan bahawa tanaman buah 'rock melon' di kawasan seliaannya berada pada tahap yang baik. Timbalan Pengarah Rating: 0
You Are Here: Home » General » 23/04/2018 — ‘Rock Melon’ Tempatan Selamat Dimakan:- Fatimie Mohd Fauzi

23/04/2018 — ‘Rock Melon’ Tempatan Selamat Dimakan:- Fatimie Mohd Fauzi

perakbn Rock Melon Tempatan Selamat DimakanLembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengesahkan bahawa tanaman buah ‘rock melon’ di kawasan seliaannya berada pada tahap yang baik.

Timbalan Pengarahnya, Fatimie Mohd Fauzi menjelaskan bahawa dari segi kawasan tanaman ia bebas daripada penyakit dan oleh yang demikian buah tersebut selamat dimakan.

“Jika ada masalah pada tanaman di ladang kontrak kita akan buat pemeriksaan dan setakat ini buah rock melon yang ditanam di sini bebas daripada penyakit.

“Kami juga telah mengaturkan lawatan pemantauan berkala di mana kami akan datang memeriksa dan berpandukan rekod-rekod sebelumnya FAMA boleh tahu sekiranya kawasan-kawasan yang terlibat itu ada masalah penyakit,” maklum beliau.

Bagi memastikan ‘rocak melon’ ini bebas daripada sebarang penyakit, FAMA bekerjasama dengan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi membuat pemantauan berterusan.

Kata Fatimie lagi, ini termasuk memberi khidmat nasihat kepada petani di ladang kontrak supaya menggunakan teknologi tanaman terkini berbanding dengan kaedah lama.

“Pihak FAMA dan Jabatan Pertanian akan memantau sekiranya ada masalah, malah peserta-peserta ini akan menghubungi dan memaklumkan kepada kami sepanjang masa,” katanya semasa ditemui pemberita di Kuala Kangsar, baru-baru ini.

Menerusi laporan akhbar pada 3 Mac lalu, dilaporkan tiga kematian berlaku di Sydney, Australia akibat memakan rock melon yang dicemari oleh bakteria Listeria Monocytogenes.

Berikutan daripada itu 12 orang lagi telah jatuh sakit.

Di Perak, pengeluaran buah rock melon diusahakan oleh 20 usahawan ladang kontrak membabitkan kawasan seluas 3,608 hektar dengan nilai jualan sebanyak RM58.8 juta pada tahun lepas.

Sebahagian daripadanya melibatkan usahawan yang berada di Kuala Kangsar.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top