23/04/2018 — #pru14 MIC Bertaruh 9 Kerusi Parlimen, 18 DUN:- DS Dr S Subramaniam Reviewed by Perak BN on . Mengekalkan kawasan bertanding di Parlimen Segamat, Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam mendahulu senarai calon yang mewakili Barisan Nasional (BN) pada P Mengekalkan kawasan bertanding di Parlimen Segamat, Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam mendahulu senarai calon yang mewakili Barisan Nasional (BN) pada P Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 23/04/2018 — #pru14 MIC Bertaruh 9 Kerusi Parlimen, 18 DUN:- DS Dr S Subramaniam

23/04/2018 — #pru14 MIC Bertaruh 9 Kerusi Parlimen, 18 DUN:- DS Dr S Subramaniam

perakbn #pru14 MIC Bertaruh 9 Kerusi Parlimen 18 DUNMengekalkan kawasan bertanding di Parlimen Segamat, Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam mendahulu senarai calon yang mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Dalam satu kenyataan, beliau mengumumkan 26 lagi calon yang akan bertaruh memastikan kemenangan pada BN dengan melibatkan lapan kawasan parlimen dan 18 Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Mereka telah dipilih berdasarkan pelbagai faktor penting. Kami berharap masyarakat setempat serta para pengundi akan memberikan calon-calon yang terpilih ini sokongan padu demi kemajuan dan kemakmuran negara kita yang tercinta,” kata Datuk Seri Dr Subramaniam semalam.

Sehubungan dengan pengumuman itu, satu sidang media khas bersama semua calon MIC pada esok di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur.

Di Perak, MIC mempertaruhkan calonnya di dua kawasan iaitu Tapah yang diwakili ahli parlimennya kini, Datuk Seri M Saravanan dan di Sungai Siput oleh Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S K Devamany.

Bagi kerusi DUN, parti komponen ini menamakan dua calonnya bagi kerusi Sungkai yang diwakili Pengerusi MIC Perak, Datuk V Elango dan kerusi Jelapang oleh Ahli Majlis Tertinggi, K Thankaraj.

#jomundi

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top