22/04/2018 — #pru14 Pembangkang Tergugat Dengan Program Pemukiman, Kempen Perak Bersih:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Usaha Kerajaan Barisan Nasional (BN) memperkenalkan program seperti Pemukiman Menteri Besar dan melaksanakan kempen 'Perak Yang Bersih' memberikan impak yang sa Usaha Kerajaan Barisan Nasional (BN) memperkenalkan program seperti Pemukiman Menteri Besar dan melaksanakan kempen 'Perak Yang Bersih' memberikan impak yang sa Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 22/04/2018 — #pru14 Pembangkang Tergugat Dengan Program Pemukiman, Kempen Perak Bersih:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

22/04/2018 — #pru14 Pembangkang Tergugat Dengan Program Pemukiman, Kempen Perak Bersih:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn #pru14 Pembangkang Tergugat Dengan Program Pemukiman Kempen Perak BersihUsaha Kerajaan Barisan Nasional (BN) memperkenalkan program seperti Pemukiman Menteri Besar dan melaksanakan kempen ‘Perak Yang Bersih’ memberikan impak yang sangat berkesan.

Ini termasuk kesan dari aspek politik yang mana pembangkang di negeri ini menampakkan rasa tergugat dengan dua inisiatif tersebut, demikian dinyatakan Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.

“Dia (pembangkang) marah sangat dengan kita, sebab kita, barisan exco, wakil rakyat dan dankitangan awam telah turun ke bawah untuk kutip sampah… Benda (usaha) kecil ini ‘tembak’ sanubari mereka.

“Dia tidak buat kerja apa-apa, jadi kita pula buat kerja sehingga mengutip sampah…kita nak jadikan Perak sebuah negeri yang bersih jadi dia tidak boleh ‘tahan’,” katanya.

Datuk Seri Diraja Dr Zambry berkata demikian semasa berucap pada majlis pelancaran Manifesto BN peringkat di Ipoh, semalam.

Dalam ucapannya itu beliau merujuk kepada tindakan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Penasihatnya, Datuk Ngeh Koo Ham yang sering ‘menghina’ tindakan mengutip sampah di samping memburukkan usaha program Pemukiman.

Hakikatnya, perbuatan tersebut hanya menampakkan pembangkanh khususnya DAP hanya pandai bercakap berbanding melaksanakan kerja.

“Rakyat tidak akan sokong mereka kerana rakyat mendapati, mereka ini hanya pandai bercakap, tapi kerja tidak ada,” kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry yang merupakan Pengerusi BN negeri.

Program Pemukiman diadakan selaras dengan teras utama pentadbiran kerajaan negeri yang memberikan perkhidmatan di sepanjang masa menerusi pendekatan padang, perasaan, penyelesaian (3P).

Ia memberi tertumpu kepada rakyat, sinonim acara ‘pemimpin bersama rakyat’ yang mana agensi kerajaan akan turun mendekati rakyat membawa perkhidmatan mereka terus kepada rakyat terutama kawasan pendalaman.

#jomundi

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top